“Tanpa perlu menyebut nama, rasanya sudah tahu sebab saya sedang buat satu drama saja. Itu sajalah heroin saya.
Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri saya pun tak sebut nama. Jadi, lebih baik biarkan perkara itu begitu saja.”
ARTIKEL MENARIK:Mawar Karim Dedahkan Kehidupan Sekarang Lebih Baik. Rupanya Masa Status Isteri Dia Banyak ‘Hilang’ Benda Ini
Itu kata pelakon, Aliff Aziz mengenai pelakon wanita yang didakwa cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella Astillah.
Walaupun tidak menyebut nama, kriteria yang dijelaskan Aliff itu jelas ditujukan buat Sophia AlBarakbah iaitu heroinnya dalam satu-satunya penggambaran drama membabitkan Aliff ketika ini iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
“Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang.
Kami duduk bersama, berbincang dengan rasional dan berkomunikasi mengenai isu ini.
“Saya pun tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa.
Dia tak akan melenting kalau tidak betul,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, di sini, hari ini.
Menurut Aliff, dia tidak menafikan isu yang terjadi berpunca atas kekhilafan diri sendiri yang lalai untuk menjaga batas hubungan.
“Tiada siapa jangka kontroversi ini akan menjadi hangat. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga batas ikhtilat.
“Lagipun pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama,” katanya.
Aliff Aziz takkan berganding dengan Sophia AlBarakbah lagi
Dalam pada itu, Aliff berharap kontroversi yang berlaku tidak berlarutan demi menghormati isteri selain akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan Sophia.
Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.
Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon itu tetapi netizen mula menyerang akaun Instagram Sophia sehingga memaksa pelakon itu mengehadkan ruangan komen.
Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal menemui penonton di slot Akasia TV3 bermula 6 Februari ini.
Sumber : HMETRO ONLINE
Kredit -
Post a Comment