“Kalau Ikhlas Nak Berdamai, Dia Tahu Nak Cari Saya Di Mana!” – Bekas Isteri Chot Hazmeer Sinis

“Kalau Ikhlas Nak Berdamai, Dia Tahu Nak Cari Saya Di Mana!” – Bekas Isteri Chot Hazmeer Sinis

Bekas isteri Chot Hazmeer iaitu Siti Zafirul Azzah atau Jaja enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan dikeluarkan pelawak dan penyampai radio itu berhubung konflik melibatkan hubungan mereka.

“Kalau Ikhlas Nak Berdamai, Dia Tahu Nak Cari Saya Di Mana!” – Bekas Isteri Chot Hazmeer Sinis



Jaja ketika dihubungi BOOM! berkata dia hanya tahu mengenai kenyataan kononnya pihak sebelah sana ingin berdamai selepas diberitahu oleh rakan-rakan.

ARTIKEL MENARIK:Tahniah! Yusof Haslam Timang Cucu Kelapan – “Perkenalkan Muhamad Nu’Aiman Syafiq…”




Jaja terbuka untuk berdamai dengan Chot dan isteri baharunya.

 

Menurut Jaja, jika betul pihak di sebelah sana ingin berdamai, mereka tidak perlu menghantar notis kerana tahu di mana dia berada.

“Jika betul-betul ikhlas nak berdamai, dia (Chot) tahu saya di mana. Saya tak ke mana-mana, ada saja di rumah mak dan ayah saya bersama anak kami, Hayyaz.

“Tidak perlu memberi alasan kononnya menghantar notis untuk tujuan berdamai. Saya sebenarnya tidak mahu mengulas lebih panjang mengenai perkara ini, cukup-cukuplah,” katanya ringkas.

Tambah Jaja lagi, tidak menjadi masalah untuk Chot mencari dia dan anak mereka walaupun telah disekat daripada laman sosial.


Bersama anak kesayangan, Ahmad Sher Hayyaz yang sudah berusia 4 tahun.

Loading...


“Seperti yang saya katakan tadi, jangan beri alasan tidak munasabah. Saya ada di rumah mak dan ayah.

“Saya harap selepas ini tidak ada lagi isu atau perkara berbangkit kerana mereka pun sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri, saya tidak mahu lagi ada kaitan.

“Saya hanya mahu hidup tenang dengan Hayyaz dan fokus kepada diri sendiri dan anak,” katanya.

Terdahulu, Chot mendakwa ingin mencari jalan perdamaian dengan bekas isterinya, Jaja selepas heboh di media sosial kisah pergolakan rumah tangga mereka.

BACA: Hampir Setahun Bercerai, Rupanya Chot Dah Bertunang Dengan Kakak Penyanyi Terkenal


Chot bersama isteri baharunya, Zurina yang merupakan kakak kepada Syura Badron.

Menurut Chot, dia terpaksa menggunakan khidmat peguam untuk mencari jalan perdamaian lantaran disekat di semua platform oleh Jaja.

Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan mendirikan rumah tangga dengan Jaja pada 18 Julai 2017 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada Mac tahun lalu.

Kemudian, Chot mengikat tali pertunangan dengan kakak kepada penyanyi Syura Badron iaitu Zurina pada Ogos dan melangsungkan pernikahan pada 23 Januari lalu. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post