PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menambah baik beberapa ciri keselamatan supaya lebih mesra pengguna bagi aplikasi MyJPJ dan Portal Awam JPJ.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, langkah tambah baik itu dibuat susulan aduan orang awam berikutan pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM atau cukai jalan digital) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) bermula 10 Februari lalu.
ARTIKEL MENARIK:Lukisan Ini Bernilai USD2-75 Juta, Mak Jangan Marah Anak Conteng Dinding. Mana Tahu Jadi Seperti Cy Twombly
Beliau berkata, antara ciri baru dilaksanakan termasuk memperkenalkan sekuriti peringkat tiga menggunakan lapan aksara terakhir tertera di belakang lesen memandu untuk pendaftaran JPJelD secara dalam talian.
“Ia adalah tambahan kepada dua peringkat sekuriti sedia ada iaitu ‘kata laluan’ dan ‘kod TAC’,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini tadi.
Loading...
Katanya, ciri lain termasuk menambah fungsi bagi mendapatkan semula akaun pengguna melalui lapan aksara terakhir lesen memandu.
Zailani berkata, ia sekali gus menjadi langkah penyelesaian kepada isu ‘telah mendaftar’ disebabkan pengguna sebelum ini mempunyai akaun di portal rakan strategik JPJ yang berintegrasi dengan sistem JPJ. – KOSMO! ONLINE
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment