Jasmin Hamid Beritahu Jantung Sudah Tidak Tersumbat Tapi Doktor Beritahu Jumpa Sesuatu Yg Pelik

Jasmin Hamid Beritahu Jantung Sudah Tidak Tersumbat Tapi Doktor Beritahu Jumpa Sesuatu Yg Pelik

Pelakon Jasmin Hamid, 51, bersyukur apabila doktor memaklumkan jantungnya tidak tersumbat selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Serdang, Selangor, semalam.

Jasmin Hamid Beritahu Jantung Sudah Tidak Tersumbat Tapi Doktor Beritahu Jumpa Sesuatu Yg Pelik



Bagaimanapun, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid berkata, dia ditimpa dugaan baharu pula apabila doktor mengesan masalah lain pada jantungnya dan perlu menjalani pengimejan resonans magnet (MRI).

ARTIKEL MENARIK:Ira Kazar Halang Syamsul Yusof Jumpa Anak Anak Dia?Sekali Kakak Ira Kazar Masuk Komen


“Syukur alhamdulillah. Berkat doa suami, anak-anak, adik-beradik, mentua, keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan penyokong-penyokong yang sayangkan saya, doktor maklumkan saya bebas sumbatan atau ‘no blockage’. Ini adalah berita baik yang saya terima.

“Berita buruk pula, saya harus menjalani ujian MRI kerana doktor dapati urat jantung saya agak pelik sedikit dari biasa.

Agak jarang kes sebegini katanya dan jika ada rezeki saya, dapatlah saya buat MRI dalam masa terdekat sebab giliran agak panjang untuk MRI,” katanya.


Semalam, dramatis itu berkongsi dia masuk hospital untuk melakukan prosedur angiogram.



Loading...


“Mohon doa dari yang sayangkan saya agar Allah permudahkan urusan saya untuk angiogram pagi ini. Mudah-mudahan tiada tersumbat pada jantung saya,” katanya.

Terdahulu, Jasmin pernah dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di hospital, di sini, selepas mengalami serangan jantung pada hujung Mei tahun lalu.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Kredit -two.e-kesah


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post