Isteri Penyampai Radio Isma Halil Beritahu Keadaan Terkini Suaminya Yg Sedang Jalani Hvkuman Penjar4

Isteri Penyampai Radio Isma Halil Beritahu Keadaan Terkini Suaminya Yg Sedang Jalani Hvkuman Penjar4

Isteri penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah, 49, iaitu Nor Haslinda Abdul Manaf memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik ketika ditemui baru-baru ini.

Isteri Penyampai Radio Isma Halil Beritahu Keadaan Terkini Suaminya Yg Sedang Jalani Hvkuman Penjar4



Haslinda, 50, berkata, dia bertemu suaminya di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 9 Januari lalu dan gembira melihat suaminya sihat.

ARTIKEL MENARIK:Bella Dedahkan Ada Pelakon Drama Wanita Cuba ‘Sondol’ Aliff Aziz. Ini Kata Kata Bella Kepada Penyondol Tersebut


“Kali ini dia sangat gembira sebab ramai kawan-kawan datang memberikan sokongan di mahkamah. Setiap minggu dia akan hubungi saya dari penjara Sungai Buloh. Selain itu, saya dan anak-anak melawatnya di penjara dua kali sebulan.

“Setiap kali berjumpa, macam-macam diceritakannya kepada saya. Boleh dikatakan kalau tiada aral, hari-hari dia akan berpuasa bersama kawan-kawan.

Dari sudut positif banyak pelajaran yang dia dapat di dalam sana,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, Isma Halil semakin fokus dengan amal ibadat, semakin lancar membaca al-Quran dan surah Yasin, menjadi bilal dan sebagainya.

“Katanya, petugas-petugas penjara yang dipanggil cikgu pun sangat-sangat baik. Di dalam sana, dia juga berpeluang bekerja dan bersukan.

“Dia selalu pesan mohon doakan dia. Dia tak sabar-sabar nak jumpa keluarga dan sahabat-sahabat. Juga dia tak sabar nak cerita pengalamannya kepada semua,” katanya.

Isu Dadah Seberat 447.44 Gram, Isma Halil Hamzah Dakwa Difitnah | Hot FM

Pada 21 Februari tahun lalu, Isma Halil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengedar dadah selepas pengakuan direkodkan buat pertama kali.



Loading...


Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar da dah jenis kana bis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Da dah Berbahaya 1952 dan boleh dihu kum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan huku man ma ti jika sabit kesalahan.

Keputusan lanjut kes ini akan diketahui pada 27 Februari ini di Mahkamah Tinggi, di sini.

Sama ada Isma Halil dilepas atau diperintah membela diri di akhir pendakwaan akan diputuskan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin yang sudah selesai mendengar perbicaraan kes terbabit.

Peguam yang mewakili Isma Halil, Adi Zulkarnain Zulkafli menerusi sebuah portal mengesahkan

tarikh keputusan kes itu bulan depan.

Menurutnya, mahkamah memutuskan tarikh hujahan bertulis pada 9 Februari dan hujahan lisan berserta keputusan jatuh pada 27 Februari ini.

Isma Halil turut diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Sebelumnya, pada 27 Januari tahun lalu, Mahkamah Majistret membenarkan kes Isma Halil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ia berikutan peguam Adi Zulkarnain ketika itu memaklumkan laporan kimia sudah diperoleh di mana berat da dah itu turun dari 409 gram seperti dalam pertuduhan kepada 374.6 gram.

Kes dadah itu dipindah dan dibicarakan ke Mahkamah Tinggi berikutan hukuman bagi pertuduhan terbabit memperuntukkan huku man gan tung sampai ma ti.

Sumber : HMETRO ONLINE


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post