PELAKON Hafidz Roshdi muncul menerusi siaran langsung di Instagram pada malam Khamis ketika namanya sedang hangat diperkatakan berlaku curang terhadap isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Bagaimanapun, sepanjang siaran langsung berkenaan, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu tidak berkata sepatah pun dan hanya menunjukkan dia sedang berjalan kaki dipercayai pulang ke rumah.
ARTIKEL MENARIK:Ini Respond ‘Perli’ Hafidz Roshdi Kepada Netizen Yg Sibuk Ambil Tahu Selepas Isteri Dia Dedahkan Ada Peny0ndol
Siaran langsung itu turut menarik hampir 6,000 penonton yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati kerana Hafidz tidak memberikan sebarang reaksi berhubung dakwaan yang sedang berlegar tentang dirinya.
“Live berjalan je ke? Kami mahu jawapan!
Netizen mahu Hafidz menjawab tentang isu curang.
“Nak tunjuk apa ni live jalan-jalan je ke? Curang ke bang?,” komen netizen.
Hafidz bagaimanapun mematikan video siaran langsung berkenaan tanpa bercakap apa-apa sejurus tiba di rumahnya.
Terdahulu, Hafidz, 29, sempat memuat naik gambar memaparkan dirinya sedang bertinggung sambil tangannya menunjukkan ke arah ruang komen dan tersenyum sinis.
“Tengah komen dekat bawah ke tu,” tulisnya pada bahagian kapsyen gambar tersebut.
Pada Khamis, tangkap layar skrin Instastory dipercayai milik isterinya yang memberi bayangan aktor itu berlaku curang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Menerusi tangkap layar yang dikongsi menerusi Instagram menggunakan nama @shushukriii itu dia meluahkan rasa kecewa dan berterima kasih kepada wanita yang didakwa menjadi penyondol dalam rumah tangga mereka.
Bukan itu sahaja, menerusi status berlainan turut menyifatkan wanita berkenaan seakan-akan tidak tahu malu apabila sanggup berkunjung ke rumah mereka sehingga membuatkan dia dan anak-anaknya menderita.
Terdahulu, Hafidz pernah dikaitkan dengan tuduhan curang iaitu menghantar mesej lucah dengan wanita lain sehingga kelakuan itu dihidu oleh isterinya.
Sumber memberitahu, pelakon berkenaan juga bertindak memadam gambar Shuhada di Instagram.
Bagaimanapun, menerusi kenyataan kepada mStar, Hafidz menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan dia tidak berkongsi gambar isteri kerana ia untuk tatapan peribadi.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Sumber : MSTAR ONLINE
Kredit -
Post a Comment