Setelah hampir lima tahun bergelar duda terhangat di pasaran, pelakon Rashidi Ishak kembali bergelar suami.
Rashidi sah menjadi arjuna hati kepada pengarah drama Kampung People iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin hari ini.
ARTIKEL MENARIK:Adam Shaz Baru Sedar Dia Kena Sindir Dgn Suami Fatin Afeefa Ketika Dimahkamah. Ini Respond Adam
Berita gembira itu dikongsi anaknya iaitu Maryam Rashika menerusi akaun Instagram yang menyaksikan bekas vokalis Dead Mushroom tersebut kelihatan tampan mengenakan baju Melayu berwarna puith.
“Ayah pakai kasut Nike di majlis kahwinnya dan anak perempuannya pula sarung but Dr Martens lihat ayahnya kahwin,” tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Anak lelaki Rashidi iaitu Mikhail Imran turut berkongsi berita sama meraikan pasangan mempelai berkenaan dalam acara yang berlangsung di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Sementara itu, seorang pengguna media sosial bernama Saiful Zahairie Zainuddin juga berkongsi foto di Facebook sambil mendoakan kebahagiaan mereka.
Gambar itu memaparkan Rashidi dan isteri mengenakan baju sedondon duduk di atas pelamin.
Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin di atas pelamin
“Semoga bahagia ke akhir hayat,” tulisnya.
Rashidi pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan bercerai pada 9 Ogos 2018.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam. – BOOM!
Vanidah terlebih dahulu mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu bersama seorang jurutera dikenali sebagai Arifabillah Idris dengan sekali lafaz. – BOOM!
Kredit -
Post a Comment