Kontroversi berkenaan isu heroin drama dikatakan ‘tersuka’ suami kepada selebriti, Bella Astillah iaitu Aliff Aziz telah menjadi perbualan ramai sehingga segelintir artis turut bersuara.
Nama pelakon, Sophia AlBarakbah telah menjadi sebutan apabila dia dikatakan individu tersebut yang menjadi punca Bella mengeluarkan kenyataan seperti itu.
ARTIKEL MENARIK:Ini Komen Sharnaaz Ahmad Tentang Pelakon Wanita Yg Cuba Mengorat Aliff Aziz
Aliff Aziz buka mulut
Memetik laporan dari Harian Metro, Aliff Aziz akhirnya membuka mulut berhubung pendedahan yang dibuat isteri dan berharap agar perkara itu berlalu begitu sahaja tanpa perlu dia menyatakan siapa gerangan pelakon terbabit.
“Tanpa perlu menyebut nama, rasanya sudah tahu sebab saya sedang buat satu drama saja. Itu sajalah heroin saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri saya pun tak sebut nama. Jadi, lebih baik biarkan perkara itu begitu saja.” jelasnya.
Faham perasaan isteri
Jelasnya lagi, dia sama sekali tidak akan menafikan apa yang dikatakan isterinya namun mereka sememangnya sudah berbincang dan faham apa yang Bella rasakan.
“Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang. Kami duduk bersama, berbincang dengan rasional dan berkomunikasi mengenai isu ini.
“Saya pun tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa. Dia tak akan melenting kalau tidak betul,” ujarnya
Akui kekhilafan sendiri
Walau bagaimanapun, pelakon dan penyanyi asal Singapura itu akui yang kekhilafan tersebut juga hadir dari pihaknya sendiri kerana lalai dalam menjaga batas pergaulan sehingga masing-masing terbawa dengan perasaan.
“Tiada siapa jangka kontroversi ini akan menjadi hangat. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga batas ikhtilat.
“Lagipun pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama,” katanya.
Syarat tak akan berlakon dengan Sophia lagi
Susulan daripada kontroversi yang melanda, Aliff akur dengan syarat yang dikenakan Bella untuk tidak bergandingan lagi dengan Sophia AlBarakbah di masa hadapan.
Terdahulu, Bella Astillah telah membuat pendedahan mengenai suaminya yang cuba ‘disondol’ oleh seorang heroin drama apabila kerap membuat misscall kepada Aliff dan menghantar mesej diluar waktu bekerja.
Tindakan tersebut membuatkan penyanyi yang sedang berentap dalam program Famili Duo itu geram dan akui marah kerana bimbang perkara lama terulang kembalin.
Namun begitu, dia memaklumkan yang dirinya yakin dengan Aliff selepas suaminya itu kerap mengajaknya untuk ke lokasi pengambaran bagi menemani bekerja jika ada waktu lapang.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)
Kredit -ohmymedia
Post a Comment