[VIDEO] “Kenapa Dah Lain Muka, Cantik Yang Dulu..” Ramai Terkejvt Tengok Perubahan Wajah Zarina Zainudin

[VIDEO] “Kenapa Dah Lain Muka, Cantik Yang Dulu..” Ramai Terkejvt Tengok Perubahan Wajah Zarina Zainudin

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon hebat Zarina Zainudin, kecekalan wanita tabah ini dalam meniti kehidupan seharian nyata mencetus inspirasi.

[VIDEO] “Kenapa Dah Lain Muka, Cantik Yang Dulu..” Ramai Terkejvt Tengok Perubahan Wajah Zarina Zainudin



Dalam kesibukan menguruskan dua anak istimewanya namun Zarina Zainuddin tetap ligat merancang masa depan dengan segala kudrat yang ada.

ARTIKEL MENARIK:Digelar ‘Bapa Cool’, Azhar Sulaiman Tak Nak Kongsi Cara Mendidik Anak – “Ia Akan Menjadi Suatu Yang Menyimpang Dari …”


Enggan bergantung pendapatan dengan kerjaya lakonan semata-mata, aktres ini bijak menggunakan bakat yang ada untuk menceburi bidang perniagaan makanan.

Perniagaan pulut kuning yang diusahakan Zarina Zainuddin bukan lagi rahsia. Saban tahun, dia ligat mencari pelbagai idea baharu untuk melariskan jualan. Yang pasti, bisnes pada mulanya sekadar ‘suka-suka’ kini berkembang maju dan meraih pulangan menguntungkan.

Perubhan wajah Zarina jadi bualan netizan

Terbaharu, pelakon Zarina Zainudin telah berkongsi satu video mempromosikan jualan pulut kuning di sebuah booth di Singapura. Malah, apa yang menarik perhatian apabila ramai yang berperasan terdapat perubahan pada bentuk hidung pelakon tersebut.

Terdapat juga sesetengah netizen mengatakan itu hanyalah sekadar ‘filter’ yang menampakkan hidung semakin mancung.

Rata-rata netizen tidak ketinggalan memenuhi ruangan komen dengan mengatakan wajah terdahulu kelihatan lebih cantik berbanding dengan wajah terkini. Apapun, setakat ini pelakon tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan perubahan wajah tersebut.

Itu suami awak yang keduakah? Ini jawapan Zarina Zainuddin

Pelakon dan selebriti tanah air, Zarina Zainuddin tidak tersinggung dengan pertanyaan ramai orang yang rupa-rupanya masih curiga dengan status perkahwinannya sehingga kini.



Loading...


Ini kerana kata Zarina, sehingga sekarang masih ada yang beranggapan, dia telah berkahwin buat kali kedua dengan orang lain sedangkan hakikatnya, keadaan itu tidak pernah berlaku.

“Orang banyak tanya, itu suami kedua awakkah? Itulah suami saya daripada umur saya 22 tahun lagi, sehinggalah kini 51 tahun. Saya nak kongsikan satu cerita. Permulaan saya kenal dengan suami saya di waktu dulu, saya sebenarnya begitu takut nak berkawan dengan lelaki.

“Saya rasa lelaki semua jahat, semua suka nak ambil kesempatan lagi-lagi pada wanita seperti saya. Tiada yang jujur. Di usia saya 22 tahun, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula-mula bercinta dengan isterinya.

“Dari zaman isterinya tingkatan 2 lagi. Dia cakap bukan senang nak rebut hati isterinya sampai nak kena tembak dengan arwah bapa isterinya dengan senapang patah. Tapi akhirnya, dia dapat juga kahwin,”katanya.

Zarina berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya semalam.

Selain itu, kongsi Zarina, dia juga kagum dengan percintaan lelaki tersebut dengan isterinya yang dianggap bak sebuah cinta mati.

“Saya suka dengar dia cerita betapa dia sayang isterinya. Jadi, bila dia ajak saya kahwin, saya cakap bawa jumpa isterinya dulu. Ternyata dia berani bawa saya jumpa dan minta izin. Dia seorang lelaki yang sangat budiman.

“Walau saya kahwin tanpa bercinta, tapi dia tak pernah sia-siakan saya. Perempuan perlu apa? Perlu dihormati, dihargai,disayangi selebihnya kita boleh usaha sendiri. Kemana kita pergi ingat, jaga diri, jaga solat, jaga maruah. InsyaAllah selamat dunia akhirat .

“Bagi saya, semua orang buat salah namun daripada salah itu,kita betulkan diri kita,”katanya.

Dalam pada itu, kata Zarina, usia 28 tahun perkahwinan bukanlah satu tempoh masa yang pendek dalam dia melayari bahtera rumah tangga dengan suami dan keluarga.

“Terima kasih abah, terima kasih kak shimah dan anak-anak tiriku yang menerima diri ini seadanya. Terima kasih mak kenalkan ina dengan insan yang bernama suami,”katanya.

Zarina telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).

Dua daripada empat anak beliau mengidap autisme.

Setelah sekian lama menyimpan rahsia, sekitar tahun 2018, Zarina telah membuka cerita bahawa dia selama ini hidup bermadu dengan Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor sejak 25 tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

tehtarikkaw


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post