Lama tanggung rindu, Tom akhirnya dapat jumpa anak sulung… janggal pertama kali keluar bersama

Lama tanggung rindu, Tom akhirnya dapat jumpa anak sulung… janggal pertama kali keluar bersama

SELEPAS hampir sembilan tahun terpisah dan menanggung rindu, penyanyi Tom akhir dapat bertemu dengan anak lelaki sulungnya iaitu Adam yang kini sudah berusia 14 tahun.

Lama tanggung rindu, Tom akhirnya dapat jumpa anak sulung… janggal pertama kali keluar bersama



Meluahkan rasa syukur keluarga bekas suami membenarkan mereka bertemu, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, memberitahu dia sedikit kekok apabila bertentang mata dengan Adam selepas sekian lama.

ARTIKEL MENARIK:Berkongsi Rezeki Perniagaan, Amir Bayar Zakat. Raih Pujian & Buat Ramai Terinspirasi!


“Syukur bekas suami, isterinya serta keluarga bekas mentua memberi izin untuk saya berjumpa Adam. Sebelum ini hubungan kami bermasalah dan memang tidak dapat bertemu anak.

tom 3

Tom enggan dedahkan wajah Adam.

“Mestilah saya sangat gembira. Sudah lama pendam rindu dan akhirnya kami bertemu. Tapi agak kekok sedikit sebab anak saya dah remaja. Saya pun tak tahu macam mana nak layan anak pada umur begitu,” katanya kepada mStar.

Tom memberitahu sempat berjumpa anaknya itu beberapa kali ketika dia membuat persembahan di Johor Bharu sepanjang bulan Disember ini.

Kata Tom dia mula berhubung dengan Adam melalui pesanan mesej di WhatsApp sejak awal pembabitan dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) baru-baru ini.

Tom juga berharap dia dapat membawa Adam untuk tinggal bersama dua lagi anaknya di Kuala Lumpur suatu hari nanti.

“Saya sudah lama ada nombor telefonnya namun dia tidak pernah balas mesej. Hanya bluetick sahaja. Kemudian pada hari pengenalan peserta GV9 dia mesej ucap good luck dan beritahu akan menonton persembahan saya.

“Walaupun saya selalu hantar mesej namun dia lambat balas. Malah nak minta video call pun dia malu. Pernah sekali dia hantar voice note, saya terkejut mendengar suara seperti lelaki dewasa.

“Semoga kami dapat berjumpa lagi dan mungkin selepas ini dia boleh ikut saya tinggal di KL,” ujarnya.



Loading...


Tom sebelum itu berkongsi beberapa gambar pertemuan bersama Adam di laman Instagram miliknya.

Dia bagaimanapun menutup wajah anaknya itu kerana mahu menjaga privasi selain enggan orang ramai mengaitkan Adam dengan kisah cintanya dengan penyanyi Fuad Rahman.

tom 2

Tom bersama dua lagi anaknya hasil perkahwinan terdahulu.

“Sekarang ini orang sibuk bercerita tentang saya, jadi tak mahulah Adam terkait sama. Sebab itu saya tak mahu kongsikan wajahnya.

“Adam bagaimanapun menerima baik saya dan anak-anak yang lain. Dia juga selesa bersama Fuad,” jelasnya.

Tom pertama kali mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun dan sejak itu dia sudah berkahwin dengan tiga orang lelaki dalam tempoh lapan tahun.

Hasil daripada kesemua perkahwinan tersebut, Tom memiliki tiga orang cahaya mata, namun hanya dua orang anak hasil perkahwinan ketiga sahaja di bawah jagaannya.

Adam merupakan anak hasil perkahwinan dengan suami pertama.

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber/ Kredit : mstar

Kredit -Slamber Media



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post