Kongsi foto tentang perempuan murahan, Bella Astillah tuju pada siapa?

Kongsi foto tentang perempuan murahan, Bella Astillah tuju pada siapa?

PETALING JAYA – Meskipun sudah menafikan rumah tangganya bermasalah, pelakon Bella Astillah sekali lagi menuai perhatian apabila berkongsi hantaran mengenai perempuan murahan dalam Instagram.

Kongsi foto tentang perempuan murahan, Bella Astillah tuju pada siapa?



Perkara tersebut sekali gus mencetuskan tanda tanya ramai dan andaian sama ada rumah tangganya masih diganggu pihak ketiga.

ARTIKEL MENARIK:Batalkan tayangan filem promosi babak lucah – Asma’ Harun


Menerusi perkongsian tersebut, Bella, 29, memuat naik beberapa foto yang tertulis mengenai perempuan murahan dan dipercayai ditujukan kepada seorang wanita lain.

“Adakah anda seorang perempuan murahan? Atau anda merupakan seorang sukarelawan pelacur?” tulis ayat yang tertera pada foto berkenaan.

Tidak berakhir di situ, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu juga turut meminta orang ramai untuk ‘tag’ atau menghantar foto tersebut sekiranya mengenali wanita berkenaan.

“Nak tag atau tidak ya. Atau cuba anda hantar InstaStory ini kepada dia.

“Cuba teka. Jika ramai meneka orang sama, memang dialah itu,” ujarnya yang turut menyediakan kotak maklum balas daripada orang ramai.


RUMAH tangga Bella dan Aliff pernah dingin beberapa bulan lalu gara-gara diganggu sihir pemisah oleh seorang wanita.


Loading...


Sementara itu, menerusi kapsyen foto yang dimuat naik hari ini, dia juga menyelar segelintir wanita yang suka mengambil kersempatan terhadap lelaki berstatus suami orang.

“Saya tidak tahan dengan wanita yang menjebakkan diri walaupun mengetahui lelaki tersebut sudah berpunya.

“Perkara itu jelas menunjukkan betapa terdesak dan kasihan dengan dirinya. Selepas saya menaip namanya, secara automatik (auto correct) ditukar kepada perkataan ‘pelacur’,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Bella memohon orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai rumah tangganya dan mendoakan yang terbaik buat suaminya, Aliff Aziz.

Dia juga mengakui risau apabila kata-kata negatif orang ramai mengenai Aliff seperti isu curang menjadi doa satu hari nanti.

Sejak dua minggu lalu, rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bahan bualan ramai apabila Aliff didakwa curang sekali lagi dengan seorang pelakon wanita.

Khabar angin tersebut bagaimanapun dinafikan Bella menerusi satu hantaran Instagram baru-baru ini selain menyelar tindakan segelintir portal hiburan yang menyalahguna video miliknya.

Kontroversi sebegini bukan pertama kali melanda pasangan suami isteri itu kerana sebelum ini Aliff pernah terkait dengan isu curang dengan beberapa aktres wanita.

Bella juga pernah memfailkan perceraian pada Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.

Sekadar info, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post