KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

PETALING JAYA – Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian parti tersebut.

KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO



Keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato’ Onn.

ARTIKEL MENARIK:Noh Omar digantung keahlian 6 tahun


Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang.

“Dalam pada itu, ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama enam tahun ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan.



Loading...


“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Sementara itu, ahli MKT UMNO yang juga Menteri Luar Negara, Datuk Seri Khaled Nordin menggantikan Datuk Hasni Mohammad sebagai Pengerusi UMNO Johor. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post