“Isteri saya masih bersedih” – Datuk Yusof Haslam Enggan Ulas Isu Ira Kazar Hamil

“Isteri saya masih bersedih” – Datuk Yusof Haslam Enggan Ulas Isu Ira Kazar Hamil

Isu dan kontroversi yang melanda dalam rumah tangga pelakon Syamsul Yusof yang berkahwin lain nampaknya dilihat masih lagi menjadi bualan hangat apabila digemparkan satu dakwaan bahawa isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini sedang hamil.

“Isteri saya masih bersedih” – Datuk Yusof Haslam Enggan Ulas Isu Ira Kazar Hamil





Susulan itu, untuk mendapat pengesahan, pihak media telah bertanyakan bapa kepada Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam berkenaan dengan hal ini.

ARTIKEL MENARIK:Dikecam Tayang Perut Lepas Balik Umrah, Intan Najuwa Beri Respon – ” Tutup Aurat Tak Semestinya Dijanjikan Syurga”


“Saya tak tahu dia (Ira) hamil ke apa. Saya tak tahu. Wallahualam.”

Menerusi Kosmo! Online, Yusof Haslam enggan mengulas isu tersebut, beliau juga menyatakan bahawa dirinya tidak berada dalam kedudukan untuk berbicara lanjut berhubung perihal terbabit.

“Isteri saya pun ada cakap tadi sebelum saya keluar, dia pesan jangan cakap apa-apa. Silap cakap nanti tak sedap pula. Saya tak mahu semua itu. Bukan apa, saya nak jaga hati isteri saya juga.”

Screenshot 2023 01 31 121044

“Dia (Fatimah) sekarang berada dalam keadaan sugul lagi. Pada masa sama, Syamsul anak saya, saya kena jaga hati dia juga. Saya tak nak hubungan kami jadi tak bagus.”

“Semualah, menantu saya dan cucu-cucu saya. Banyak hati yang perlu dijaga. Cucu-cucu saya dah faham dan dah matang.”



Loading...


Lapor sumber, beliau yang ditemui pada tayangan perdana filem terbitan Skop Productions, Harum Malam di Starling Mall malam tadi mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang berhubung tragedi menimpa keluarganya.

“Saya doa yang baik buat anak-anak saya. Sesiapa sahajalah yang ada kaitan saya doakan yang terbaik.”


Kredit -Lobak Merah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post