“Ira Pernah Minta Syamsul Pulang Ke Pangkuan Isteri” – Ayu Puteh

“Ira Pernah Minta Syamsul Pulang Ke Pangkuan Isteri” – Ayu Puteh

Susulan pengakuan Syamsul Yusof yang sudah bernikah dengan Ira Kazar, pengarah terkenal dan isteri barunya itu teruk dikecam di media sosial.

“Ira Pernah Minta Syamsul Pulang Ke Pangkuan Isteri” – Ayu Puteh



Memetik Mingguan Malaysia, penerbit Datuk Puteh Ayu mendedahkan Ira Kazar pernah memberitahu dia mahu melepaskan Syamsul kembali ke pangkuan keluarganya.

ARTIKEL MENARIK:“Kami Tak Akan Maafkan Kazar Bantu Anaknya Kahwin Dengan Syamsul” – Ibu Syamsul Yusof


Menurut Ayu, dia antara kenalan Ira mengetahui mengenai perhubungannya dengan Syamsul serta pernah menasihatinya untuk tidak meneruskannya.

Ayu mengatakan Ira tidak pernah terfikir untuk menganggu rumah tangga orang sebaliknya sudah terlanjur saling mencintai.

“Secara peribadi, memang saya mengenali Ira, sejak dia berusia 19 tahun lagi. Dia berkawan dengan anak-anak saya malah dulu sering datang ke rumah dan beraktiviti bersama-sama. Bila kontroversi membabitkanya dan Syamsul timbul, saya juga ada menasihatkan dia sebelum ini.

“Katanya, dia pun tak pernah terfikir nak ganggu rumah tangga orang. Tapi sudah terlanjur saling mencintai. Ira dan Syamsul pun pernah bincang untuk tak teruskan hubungan dan anggap tak ada jodoh.



Loading...


“Ira ada minta agar Syam­sul pulang ke rumah dan fokus kepada anak-anak dan isteri. Tetapi Syamsul pada waktu itu, tak komen apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, Ayu Puteh berkata Ira berdiam diri bukan kerana takut atau mengalah sebaliknya tidak mahu dilabel penyondol suami orang.

“Ira beritahu, dia tutup mulut bukan sebab takut atau mengalah. Tetapi logiknya kerana dia pun ‘duduk’ di tempat itu. Walau macam mana jujur pun dia tetap akan kena. Manalah ada orang suka wanita yang dilabel penyondol suami orang.

“Tapi kena ingat, bertepuk sebelah tangan tak akan menjadi… Keluarga dia pun dah nasihatkan, tetapi macam saya katakan tadi, kalau sudah jodoh, elak macam mana pun, itu takdir dia,”katanya.

Bagaimanapun, Ayu berkata pendedahan dibuat olehnya itu bukan kerana menyokong tindakan Ira patah lagi banyak pihak yang hatinya harus dijaga terutama Datuk Yusof Haslam.

“Saya tak boleh komen banyak sebab mungkin ada perkara yang kita semua tak tahu. Saya menghormati keluarga Datuk Yusof, malah begitu juga Puteri Sarah. Sebagai wanita, saya faham kekecewaan yang dirasakannya.

“Tetapi apa pun, keputusan di tangan lelaki, yang nak akadnya, lelaki. Saya percaya Syamsul tahu apa yang dia buat. Dia tentunya masih sayangkan isterinya. Ira juga tahu Syamsul sayangkan Sarah.

“Namun, perkara dah terjadi, kerosakan dah berlaku, aib pun sudah terbuka. Pun begitu, tentu ada hikmah di sebalik semua ini. Mesti ada sebab mengapa Syamsul pilih Ira dan masing-masing kena bertanggungjawab,”katanya.


Kredit -rotikaya



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post