Faham Perasaan Dikhianati Suami, Intan Saleh Titip Kata Semangat Buat Puteri Sarah

Faham Perasaan Dikhianati Suami, Intan Saleh Titip Kata Semangat Buat Puteri Sarah

Pernah berada dalam situasi sama dengan Puteri Sarah Liyana, usahawan dan personaliti media sosial Intan Saleh tampil memberi sokongan kepada isteri Syamsul Yusof itu.

Faham Perasaan Dikhianati Suami, Intan Saleh Titip Kata Semangat Buat Puteri Sarah



Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh mengakui memahami perasaan wanita yang khianati suami sendiri.

ARTIKEL MENARIK:Ini Respond Kazar Selepas Ditanya Tentang Keluarga Mertua Ira Kazar Tidak Terima




“Aku tahu macam mana perasaanya. Tak tahu nak nangis ke nak apa. Terdiam. Itu aku,” tulisnya dalam hantaran dalam Insta Story.

Intan juga tidak ketinggalan menitipkan pesan kepada Puteri Sarah supaya terus kuat menghadapi segala dugaan.

“Untuk Sarah terus kuat ya. Sarah dah terlebih kuat. Intan percaya Sarah dah buat yang terbaik. Tak apa, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Rasa nak peluk Sarah sekarang,” katanya.

Dalam pada itu Intan turut meluahkan rasa geram mengenai kaum adam yang tidak setia kepada isteri.

“Kejam, itu saja aku nak cakap. Sakitnya, Ya Allah. Jangan nak cakap jodoh ke apalah. Eh, aku tak bolehlah. Maaf semua saya tengah menggigil ni geram. Emosi betul.

“Selalu orang yang buat hal ini akan rasa dia sentiasa betul. Lepas itu puaslah cari salah kita. Eh, emosilah saya.

“Hidup ini tak selalunya di atas. Sekarang kau fikir kau saja yang betul. Allah kalau nak tarik apa yang kau ada sekejap saja,” tulisnya



Loading...


Dalam hantaran lain, Intan turut mengingatkan suaminya, Mohd. Aizam Yahya supaya jujur dan berterus-terang jika mempunyai niat untuk berlaku curang.


Intan Saleh bersama suaminya Mohd Aizam Yahya.

“Cinta (suami), kalau awak ada niat nak curang dengan saya atau pun apa-apa lah, bagi tahu je saya. Kalau dah ada perempuan lain jangan pula cerita buruk tentang saya.

“Perempuan akan suka dengar buruknya isteri pertama dan dia akan buatlah sehabis baik untuk awak!

“Ingat cinta, saya sudah banyak kali pesan kat awak. Eh tiba-tiba laki (suami) kita pula kena bebel,” katanya. -BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post