Keseronokan bertukar tragedi apabila seorang wanita bergelar ibu berkongsikan pengalaman cemas berikutan anak lelakinya hampir maut gara-gara terbelit tali permainan yang tular pada ketika ini iaitu lato-lato.
Permainan berbentuk dua biji bola itu mula menjadi ‘viral’ di media sosial TikTok Indonesia dan kini sudah menjadi ikutan kanak-kanak malah remaja di Malaysia.
ARTIKEL MENARIK:Kembang tekak! Pekerja tak pakai sarung tangan, hanya berseluar pendek… mi pula selamba dilambak atas lantai!. Lokasi kilang didedahkan
Si ibu memaklumkan anaknya tiba-tiba sahaja ‘diam’ dan dia terus pergi melihat keadaan anaknya yang pada ketika itu sedang bergelut memegang leher kerana tali lato-lato itu tersangkut di kepala.
Jari dia cuba macam tarik sesuatu di leher selepas itu dia geleng-geleng kepala. Kemudian kakaknya teriak panggil aku beritahu tersangkut tali di leher Ayaan (anak).
Nasib aku ingat potong kuku di kunci kereta aku potong dan terus buang. Andailah aku masih sibuk di dapur, apa akan jadi pada anak aku, hampir hilang nyawa.
Di satu hantaran yang lain, seorang doktor perubatan, Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam hantaran Facebook miliknya memberitahu bawah sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kes di klinik yang melaporkan kecederaan akibat bermain permainan tersebut.
Sumber : Facebook
Kamarul meminta ibu bapa di luar sana untuk memantau anak-anak yang bermain lato-lato kerana risiko kecederaan adalah amat tinggi terutamanya di bahagian atas tubuh badan.
“Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit dan elakkan bermain terlalu dekat dengan orang lain.” pesan beliau.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment