Azam Azmi Digantung Dua Perlawanan, Bayar Denda USD1,000 – Jawatankuasa Disiplin AFF

Azam Azmi Digantung Dua Perlawanan, Bayar Denda USD1,000 – Jawatankuasa Disiplin AFF

Jawatankuasa disiplin AFF menjatuhkan hukuman gantung dua perlawanan serta denda sebanyak USD1,000 kepada Azam Azmi Murad susulan insiden kontroversi sewaktu perlawanan Malaysia menentang Vietnam 27 Disember lalu.

Azam Azmi Digantung Dua Perlawanan, Bayar Denda USD1,000 – Jawatankuasa Disiplin AFF



Sebelum ini, FAM telah menghantar surat bantahan rasmi kepada AFF berkenaan dengan insiden kad merah yang diterima Azam Azmi dalam perlawanan Kumpulan B ketika menentang pasukan Vietnam.

ARTIKEL MENARIK:Piala Dunia: Argentina ranap harapan Croatia ke final


Pada perlawanan tersebut, Azam Azmi telah dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Jepun, Ryuji Sato selepas Azam didakwa mengasari pemain Vietnam di luar padang kotak penalti pada perlawanan separuh masa kedua.

Penggantungan Azam akan berkuat kuasa pada perlawanan hari ini yang bakal menyaksikan skuad Harimau Malaya bertembung dengan pasukan Singapura bagi perlawanan peringkat kumpulan B.


Loading...


Menurut kenyataan media dari AFF, Azam Azmi juga dikehendaki untuk membayar denda sebanyak USD1,000 (RM 4,000) itu dalam tempoh 30 dari tarikh keputusan jawatankuasa diumumkan.

Pertembungan pada hari ini adalah bagi menentukan siapa yang layak untuk pergi ke separuh akhir. Skuad Harimau Malaya perlu menang dalam perlawanan hari ini bagi memintas kedudukan Singapura di tangga kedua kumpulan B dan seterusnya mengiringi Vietnam ke separuh akhir untuk menebus kekalahan 3-0 pada 27 Disember lalu.


Kredit -Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post