Pasangan kekasih rentung dalam pondok

Pasangan kekasih rentung dalam pondok

KULIM – Polis tidak menolak kemungkinan dua individu yang ditemui rentung di dalam sebuah pondok di Taman Bayam Indah di Lunas di sini merupakan pasangan kekasih.

Pasangan kekasih rentung dalam pondok



Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati pasangan itu dipercayai gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap di dalam pondok pe­ngawal yang dikunci dari dalam.

ARTIKEL MENARIK:JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas


Katanya, polis percaya pasa­ngan itu mungkin tertidur ketika kejadian berlaku.

“Si lelaki dipercayai pengawal keselamatan membawa teman wanitanya ke pondok tersebut. Setakat ini tiada unsur khianat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.54 malam itu, L. Simbagam, 25, ditemui rentung bersama kekasihnya yang berusia 45 tahun.

Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memotong rantai besi yang dipasang pada pintu jeriji besi untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Sementara itu, sepupu wanita itu, Yusuff Merican Kadir Shah Merican, 35, berkata, mereka sekeluarga tidak mengenali lelaki tersebut.


Simbagam


Loading...


Katanya, mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 11.30 malam semalam.

“Kali terakhir saya berjumpa mangsa ialah sebulan lalu di rumah saya kerana dia mahu berjumpa bapanya yang kurang sihat. Bapa mendiang tinggal bersama keluarga saya sejak bebe­rapa tahun lalu selepas memeluk Islam,” katanya.

Menurut Yusuff Merican, mang­sa singgah untuk berbual serta membantu membersihkan ba­panya sebelum keluar semula.

Seorang lagi sepupu mangsa, J. Iswary, 36, berkata, kali ter­akhir mereka bertemu ialah pada lima bulan lalu.

“Apa yang saya tahu mendiang bekerja sebagai kerani di sebuah kedai kitar semula di pekan Lunas.

“Simbagam seorang yang ceria dan tidak menunjukkan sebarang masalah, malah rajin be­kerja,” katanya.


Kredit -Kosmo Digital




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post