Mahkamah: Saman fitnah, Ali Puteh kekal bayar RM60,000 kepada Nor Hidayah

Mahkamah: Saman fitnah, Ali Puteh kekal bayar RM60,000 kepada Nor Hidayah

KUALA LUMPUR – Pelawak Ali Puteh gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar RM60,000 kepada kakak iparnya Siti Nor Hidayah Mohd. Ali, 30, yang menang dalam saman fitnah berhubung kenyataan aib di laman sosial Instagram.

Mahkamah: Saman fitnah, Ali Puteh kekal bayar RM60,000 kepada Nor Hidayah



Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh memutuskan demikian selepas menolak rayuan Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan ,34, untuk mengetepikan saman fitnah itu.

ARTIKEL MENARIK:Siti beli kondo di Dubai, Asyraf Khalid jadikan inspirasi


Selain itu, mahkamah turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan samannya terhadap Siti Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga selaku plaintif.

Dalam prosiding sama, rayuan Siti Nor Hidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi RM60,000 seperti yang ditetapkan Mahkamah Sesyen turut ditolak.

Sementara itu peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh ketika dihubungi, berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan susulan daripada anak guam sama ada untuk mengemukakan rayuan.

“Kami menerima keputusan mahkamah,” katanya selepas keputusan kes yang dijalankan secara Zoom hari ini.



Loading...


Dalam prosiding hari ini, Siti Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad.

Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah.

Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan saman fitnah yang dikemukakan Siti Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali Puteh sebagai defendan.

Ketika membaca keputusan penghakimannya ketika itu Hakim Zulqarnain berkata, hantaran itu adalah sangat menjatuhkan maruah dan mengaibkan isteri arwah.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post