Kehilangan Bekas Personaliti TV3 Zalina Azman Kekal Misteri, Ke Mana Dia Pergi?

Kehilangan Bekas Personaliti TV3 Zalina Azman Kekal Misteri, Ke Mana Dia Pergi?

Sudah lebih setahun kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58, atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman menjadi tanda tanya.

Kehilangan Bekas Personaliti TV3 Zalina Azman Kekal Misteri, Ke Mana Dia Pergi?



Sehinga ke hari ini, tiada petunjuk baharu berhubung kehilangannya pada November 2021 meskipun sudah tiga kali pasukan penyiasat masuk ke rumahnya.

ARTIKEL MENARIK:“Doa Yang Baik-Baik Sahaja,” – Didakwa Kini Berstatus Janda Anak 4, Adira Perjelas Hubungan Dengan Suami


Hasil tinjauan wartawan ke rumah Zalina di Seksyen 3 mendapati keadaan di rumah tersebut lengang dan sunyi, selain dipenuhi semak samun. Selain itu, pintu pagar turut ditutup rapat selain tiada kerja pengubahsuaian rumah dilakukan.

0719rszal 1658243918

Menurut salah seorang penduduk yang tidak didedahkan identitinya, dia mendakwa melihat pasukan polis ke rumah tersebut pada bulan Julai lalu. Namun selepas itu, tiada sesiapa yang masuk ke dalam rumah itu untuk tujuan siasatan.,

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, sehingga kini masih tiada petunjuk baharu terhadap misteri kehilangan Zalina Azman, namun siasatan masih tetap diteruskan.

“Siasatan terperinci dilakukan termasuk mendapatkan informasi atau perkembangan kes daripada ahli keluarga dan individu yang mempunyai maklumat mengenainya.

“Namun sehingga kini, tiada sebarang petunjuk baharu diperoleh mengenai keberadaan Zalina, malah kediaman berkenaan juga tidak menunjukkan ada pergerakan keluar dan masuk oleh sesiapa,” katanya ketika dihubungi.



Loading...


Untuk rekod, berita kehilangan Zalina Azman dikongsikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi satu laporan.

Menerusi laporan tersebut, Zalina disifatkan berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor. Kali terakhir anak kepada bekas personaliti TV3 itu menghubungi ibunya adalah pada Julai tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas anaknya gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapa personaliti TV3 itu dimasukkan ke dalam hospital.

Persoalannya di sini, ke manakah Zalina Azman menghilang?

Kredit: Harian Metro


Kredit - Lobak Merah.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post