Tak Lokek Senyuman & Bercita-Cita Tinggi, Rakan Artis Kongsi Sifat Sebenar Arwah Syazlin Zainal

Tak Lokek Senyuman & Bercita-Cita Tinggi, Rakan Artis Kongsi Sifat Sebenar Arwah Syazlin Zainal

Pemergian pelakon, Syazlin Zainal pada petang Khamis nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah para penggiat industri seni tanah air.



Tak Lokek Senyuman & Bercita-Cita Tinggi, Rakan Artis Kongsi Sifat Sebenar Arwah Syazlin Zainal



Antara yang turut sama menzahirkan rasa dukacita berhubung perkhabaran tersebut adalah pelakon, Hun Haqeem.

ARTIKEL MENARIK:“Minta Sedekahkan Al-Fatihah…,” – Syazlin Zainal Meninggal Dunia Pada Usia 26 Tahun


Menurut Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, selain tidak lokek dengan senyuman, Syazlin juga merupakan seorang yang sangat komited ketika bekerja.


“Dia sentiasa senyum ketika berada di set. Seorang yang sangat bercita-cita tinggi dan sentiasa ingin melakukan yang terbaik setiap hari.

“Luluh hati bila dapat tahu mengenai perkhabaran ini. Semoga kamu sentiasa tenang di alam sana. Doa kami sentiasa mengiringi kamu,” tulisnya di Instagram stories.

Sementara itu, pelakon senior, Fazlinah Ahmad Daud turut menyifatkan industri seni bagai kehilangan permata baharu diatas pemergian Syazlin ini.


“Salam takziah buat keluarga beliau. Seorang yang punyai jiwa yang sangat baik. Perginya terlalu awal. Al-Fatihah buat Syazlin Zainal,” tulisnya di Instagram stories.



Loading...


Pada masa sama, pelakon Talha Harith juga memberitahu, momen-momennya sepanjang berkerjasama dengan Syazlin akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.


“Cepat betul kau pergi meninggalkan kami dik. Apa-apa pun abang dan lain-lain akan sentiasa ingat kau sampai bila-bila. Seorang yang punyai sifat yang harus ada di dalam diri setiap anak muda.

“Dik, apa-apapun tugas kau dah selesai di sini. Doakan abang dan yang lain-lain bila adik dekat sana nanti. Salam takziah dari saya,” kata Talha di Instagram stories.

Fazlinah dan Talha pernah bekerjasama dengan Syazlin menerusi telefilem, Syukur Itu Aku.

Terdahulu, berita pemergian Syazlin telah dimaklumkan sendiri oleh sahabat dan juga sepupunya menerusi media sosial pada Khamis.

Syazlin difahamkan meninggal dunia di Johor bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan.

Pelakon berusia 26 tahun ini juga pernah membintangi dalam beberapa drama seperti Takdir Yang Tertunda, Potong, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan Ada Yang Ngikut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Hun Haqeem, Fazlinah Ahmad Daud & Talha Harith


Kredit -Media Hiburan.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post