Syafinaz Selamat mengajar taranum, buat netizen terpegun

Syafinaz Selamat mengajar taranum, buat netizen terpegun

PETALING JAYA – Netizen terpegun melihat guru vokal dan penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat, mengajar salah seorang peserta dalam Akademi Taranum Negeri Sembilan (AKTAR) yang berlangsung baru-baru ini.

Syafinaz Selamat mengajar taranum, buat netizen terpegun



Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafinazselamat.fans di TikTok itu, Syafinaz dilihat mengajar dengan teliti tentang teknik vokal, suara dan teknik pernafasan yang betul kepada peserta berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:[Terkini] “Dulu Lagi Cantik..” Ditegur Nmpak Lain,Netizen Dkwa Plakon Fathia Latiff Buat Muka.


Sehingga kini video tersebut telah meraih 499,800 penonton, 29,600 tanda suka dan 1234 perkongsian.

Sementara itu, peserta yang dikenali sebagai Aisyah, dalam satu hantaran Instagramnya, berterima kasih kepada Syafinaz atas ilmu yang diberikan selama tiga jam menyertai program tersebut.

“Walaupun secara keseluruhannya, tidak boleh dipraktikkan dalam bacaan Al Quran, tetapi saya pegang bab teknik pernafasan dan bukaan mulut serta lontaran suara,” tulisnya.


Loading...


Di ruangan komen, rata-rata memuji Syafinaz yang ayu berbaju kurung dan bertudung itu kerana sudi mengajar peserta taranum, walaupun rata-rata menganggap beliau hanyalah guru vokal nyanyian semata.

“Macam-macam cara Allah kurniakan kita untuk memanfaat diri bagi orang-orang sekeliling kita, seperti Datuk Syafinaz dia dikurniakan ilmu,” komen salah seorang netizen.

“Bagus gunakan teknik guru vokal, sebab mengaji ini pun sama macam kelas vokal. Ada orang tidak cukup nafas boleh jadi semput dan pengsan,” ujar salah seorang netizen yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post