Selepas bergelar pasangan suami isteri, pelakon, Halim Radzi dan Sharifah Husna kelihatan bertambah ‘sweet’ di media sosial.
Terbaru, Halim memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan dia memuji kecantikan isterinya yang mengenakan hijab tatkala berada di dalam kereta.
ARTIKEL MENARIK:Mimpi arwah ibu, minta jangan bertanding, Azwan Ali tarik diri
Menerusi rakaman video berdurasi 0:45 saat, pelakon berusia 26 tahun itu meluahkan rasa terpegun terhadap kecantikan yang dimiliki oleh isterinya. Bukan itu sahaja, Halim turut memberikan kata-kata romantis buat Husna. Husna yang dilihat tersipu-sipu malu mengatakan dirinya biasa sahaja, tetapi Halim meyakinkan bahawa kecantikan dimiliki isterinya adalah ‘luar biasa’.
Aduh cantiknya, ya Allah cantiknya. malu? Malu kenapa? Yelah sebab cantik, I tak puji pun tetap cantik. Haihh luar biasa cantik. Assalamualaikum bidadari syurga. Sayang sangat.
Video:
@halimradzMasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah @Sharifah Husna
Di ruangan komen, pelakon drama ‘Jangan Men4ngis Cinta’ itu mengucapkan terima kasih atas doa dititipkan orang ramai sempena perkahwinannya yang berlangsung minggu lalu.
MasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : ohbulan.com via KeramatViral
Kredit -Media 96 Times.
Post a Comment