MEMIKUL tanggungjawab sebagai ketua keluarga bukanlah satu perkara mudah.
Apatah lagi jika si bapa terpaksa mengambil tugas menguruskan rumah, menjaga serta mengasuh anak-anak yang masih kecil.
ARTIKEL MENARIK:“Ya Allah ustaz… salah tu”- Isteri baru dapat Ysuku, lelaki ini tampil nafi kenyataan Ebit Lew
Sebagaimana dikongsikan dalam sebuah video di TikTok, kelibat seorang bapa bersama dua anaknya di sebuah stesen minyak mengundang sebak.
Namun, kecekalannya dalam menguruskan anak-anak walaupun dalam serba kekurangan meraih pujian netizen.
Menerusi video berdurasi 11 saat, lelaki yang menaiki motosikal itu dilihat membiarkan seorang anaknya yang masih bayi duduk di lantai sementara si kakak duduk di atas kenderaan.
Semakan di ruangan komen pada video yang meraih lebih 800,000 tontonan itu mendapati pelbagai reaksi diberikan.
Walaupun menaiki motosikal untuk membeli segala keperluan harian, lelaki tersebut dipuji kerana bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anaknya.
“Hebat bapa dia beli lampin segala. Berjaya beli macam-macam. Ambil anak lagi. What a good father. He’s trying! Semoga Allah murahkan lagi rezeki.
“Bagusnya suaminya beli lampin, barang semua siap bawa anak. Baby pun okay duduk diam je dia,” puji netizen.
Malah, lelaki tersebut turut dikatakan bijak menguruskan anak mengikut situasi dengan tidak membiarkan bayinya duduk di atas motosikal.
Melihat kepada video tersebut, ramai netizen bersangka baik mungkin si bapa risau tentang keselamatan jika bayinya diletakkan di atas motosikal.
“Positif la. Ayahnya nak pegang (anak), tapi nak kena isi minyak. Nak letak atas motor lagi bahaya boleh jatuh. Kita doakan semoga mereka dipermudahkan urusan.
“Letak bawah kotor tak apa. Jangan jatuh dapat sakit. Malulah ayahnya perasan dirakam. Moga dimurahkan rezeki dipermudahkan urusan abang ni.
“Letak atas (motor) lagi risiko kalau terjatuh. Baik letak bawah, dia pun faham. Behave betul. Semoga selamat semuanya buat keluarga abang tu,” jelasnya.Sumber:mStar
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment