Nad Zainal ditidurkan, paru-paru berdarah

Nad Zainal ditidurkan, paru-paru berdarah

PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri.

Nad Zainal ditidurkan, paru-paru berdarah



Perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza kepada Kosmo! Online! menerusi satu pesanan WhatsApp sebentar tadi.

ARTIKEL MENARIK:“Jika ia memusn4hkan kamu, itu bukan…” Baru je putus cinta, sekali penampilan terkini Janna Nick jadi bualan netizen


“Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini.

“Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.

“Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakan baik Nad yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz memohon doa orang ramai agar Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin diberikan kesembuhan.

“Saya pohon doa-doa semua buat Nad Zainal yang dimasukkan ke wad ICU (semalam) disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.



Loading...


“Beberapa prosedur telah dilakukan dan menurut doktor yang merawatnya keadaannya stabil tapi keadaannya tidak berapa okey. Mohon doa ya semua. Allahumma Yashfiihaa,” coretnya menerusi Instastory.

Malam tadi, Kosmo! melaporkan Nad, 32, dimasukkan ke ICU hospital swasta berkenaan selepas dua hari keadaan kesihatannya tidak begitu baik barangkali disebabkan simptom long Covid. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post