‘Mana duit suami aku?’-Isteri Minta Duit Konsert, Sekali Ini Jawapan Padu Penganjur Konsert Doa Buat Zamani

‘Mana duit suami aku?’-Isteri Minta Duit Konsert, Sekali Ini Jawapan Padu Penganjur Konsert Doa Buat Zamani

Luahan hati isteri kepada penyanyi popular, Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani di status WhatsApp baru-baru ini, yang mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran ketika menjayakan Konsert Doa Buat Zamani mengundang persoalan dalam kalangan peminat.

‘Mana duit suami aku?’-Isteri Minta Duit Konsert, Sekali Ini Jawapan Padu Penganjur Konsert Doa Buat Zamani



Menerusi gambar berlatarkan suaminya yang sedang beraksi di konsert itu pada 30 September lalu, Nur Juliana atau lebih mesra dengan panggilan Julie menulis status yang dipercayai ditujukan kepada individu tertentu.

ARTIKEL MENARIK:‘Bukan Bercer4i..’ – Sharifah Sakinah Kongsi Status Hubungan Dengan Suami Buat Ramai Pening Kepala


“Aku ni (ini) hanya ada dia je dalam hidup aku tau, apa dosa dia sampai korang (kamu semua) tergamak buat dia macam tu. Sampai sekarang dia masih percaya korang kawan dia.

“Lagi seminggu nak operate (pembedahan) ni. Apa niat baru nak bagitahu (beritahu) benda ni semalam. Memang dia tengah down (kecewa) sekarang. Korang happy (seronok) kan?

“Kalau dia decide (buat keputusan) putus harapan untuk hidup atau apa-apa jadi kat dia nanti lepas operation (pembedahan), sumpah aku cari korang sampai lubang cacing la se**n…cctv semua ade,” tulisnya.

Menerusi status selanjutnya pula, Julie meminta semua pihak mendoakan individu yang dikatakan membawa lari wang Konsert Doa Buat Zamani itu menerima pembalasan.

“Kesian (kasihan) laki (suami) aku satu sen pun tak dapat. Tapi dia dapat hidu dari awal dah. Tapi jangan ingat boleh terlepas. Aku lagi bijak dari korang,” tulisnya.

Sementara itu, penganjur Indera Entertainment yang menganjur konsert itu, Aalan Ahmad berkata, perkara ini sudah diselesaikan dengan Zamani secara baik, Sabtu lalu.

“Saya terkejut apabila Julie menghantar WhatsApp kepada seseorang mendakwa saya menipu duit show suaminya dan mengakui tidak menerima bayaran satu sen pun.

“Saya dah berjumpa dengan Zamani, Sabtu lalu dan menjelaskan semuanya yang tiket memang tidak dijual. Saya pun ajak dia pergi kepada pihak penjual tiket iaitu mytickets.asia.

“Mereka belum closing dan berjanji akan buat minggu ini. Saya kata kita datang bersama dan akan tahu berapa jumlah tiket dijual. Saya dah jelaskan semua pembayaran berkaitan dan untung hanya lebih RM4,000 saja,” katanya.

Menurutnya, walaupun tiket tidak laris, pihaknya memenuhkan tempat duduk dengan penonton seperti mengundang ahli kelab peminat menyaksikannya.

“Kita akan penuhkan supaya nampak keadaan cantik. Waktu jumpa Zamani Sabtu lalu, saya buat penjelasan dan keadaannya ketika itu okey. Dia dah jelas semuanya.

“Sebelum berpisah kami bersalaman dan berpelukan. Dia kata tak mengapa dia nak selesaikan pembedahan dan selepas itu kita mula kerja semula macam biasa. Saya tak faham kenapa perkara ini berbangkit,” katanya.



Loading...


Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Zamani tidak berjaya apabila Julie memaklumkan suaminya kurang sihat dan terpaksa berehat buat masa ini.


Untung Konsert Doa Buat Zamani hanya RM4,635

Penganjur Konsert Doa Buat Zamani, Aalan Ahmad tidak bercadang mengambil tindakan terhadap isteri Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani yang mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran ketika menjayakan konsert itu.

Aalan yang mewakili syarikatnya Indera Entertainment berkata, kemungkinan besar Juliana tersalah faham sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Dia mungkin tidak tahu perkara sebenar berkenaan tiket yang tidak habis dijual, tetapi pada masa sama penonton dilihat memenuhi tempat duduk yang disediakan.

“Saya anggap ini hanyalah salah faham kecil dalam satu keluarga dan tidak menyalahkan dia sepenuhnya atas apa yang berlaku. Masalah ini sepatutnya boleh diselesaikan sesama kami dan bukan membawanya keluar.

“Mungkin dia tertekan memikirkan keadaan suaminya yang bakal menjalani pembedahan serta pelbagai masalah lain sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya kepada Harian Metro.

Aalan turut menunjukkan penyata jualan tiket konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 September lalu ialah sebanyak 365 keping.

Pecahan lengkap jualan terbabit menyaksikan tiket untuk kategori tempat duduk Rindiani dijual sebanyak 72 keping, Nur Kasih (214), Maria Mariana (31), Kurnia (48) dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM107,120.

“Jumlah itu kemudiannya dicampur dengan tiket pembelian Tuanku Permaisuri Selangor menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM116,120.

“Dari situ saya bayar segala kos berkaitan antaranya sewa pentas, pemuzik, artis undangan dan permit DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang jumlahnya mencecah RM111,485.

“Selepas ditolak kos itu, baki yang tinggal di tangan ialah RM4,635. Itulah pendapatan yang kami dapat. Wang itu akan diberikan kepada Zamani mengikut rundingan asal 70/30.

“Jadi tidak benarlah kenyataan yang dia tidak dapat sesen pun dari konsert terbabit. Saya masih ingat kenyataan Zamani tak kisah jika tiada untung besar asalkan kami tidak berhutang,” katanya yang mendoakan pembedahan Zamani minggu depan berjalan lancar.

Mereka juga akan ke pejabat Mytickets Asia dalam minggu ini untuk mendapatkan butiran lanjut.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan perkara itu sudah diselesaikan secara baik di antara Aalan dan Zamani.

Menurut Aalan, dia sudah berjumpa dengan Zamani, Sabtu lalu dan menjelaskan semua tiket memang tidak dijual.

Menurutnya, walaupun tiket tidak laris, pihaknya memenuhkan tempat duduk dengan penonton seperti mengundang ahli kelab peminat menyaksikannya.

“Kita akan penuhkan supaya nampak keadaan cantik. Waktu jumpa Zamani Sabtu lalu, saya buat penjelasan dan keadaannya ketika itu okey. Dia dah jelas semuanya.

“Sebelum berpisah kami bersalaman dan berpelukan. Dia kata tak mengapa dia nak selesaikan pembedahan dan selepas itu kita mula kerja semula macam biasa. Saya tak faham kenapa perkara ini berbangkit,” katanya.

kredit: hmetro


Kredit -Bulletin 50 Times.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post