Lebih Dua Dekad Berjuang, Ini 10 Fakta Tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10 Malaysia!

Lebih Dua Dekad Berjuang, Ini 10 Fakta Tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10 Malaysia!

Teka-teki siapa yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10 berakhir apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Lebih Dua Dekad Berjuang, Ini 10 Fakta Tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10 Malaysia!



10 FAKTA TENTANG DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI KE-10


ARTIKEL MENARIK:'PH lebih gentleman berbanding PN masih dengan perangai lama cuba dealing senyap² curi 10 MP BN' - Asyraf Wajdi




Anwar bin Ibrahim lahir pada 10 Ogos 1947 merupakan ahli politik Malaysia yang telah menjadi ketua pembangkang ke-12 dan ke-16, pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anwar memulakan kerjayanya dalam politik sebagai salah seorang pengasas organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Berikut merupakan beberapa fakta mengenai beliau:


1. Anwar Ibrahim, 75, berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau memiliki Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya.

2.  Ibu Anwar, Che Yan Abdul Hamid Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.

3. Berkahwin dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dikurniakan enam anak iaitu Nurul Nuha, Nurul Izzah, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana dan Ehsan Anwar

4. Mula bertugas sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dari Mac 1982 hingga April 1999 dan sekali lagi dari Ogos 2008 hingga Mac 2005.


Kredit: Reuters



Loading...


5. Antara jawatan pernah disandang adalah jawatan disandang adalah:

– Pengasas ABIM (1974-1982)

– Presiden Majlis Belia Malaysia (1972 – 1976)

– Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983-1984)

– Menteri Pertanian (1984 – 1986)

– Menteri Pendidikan (1986-1991)

– Menteri Kewangan (1991-1998)

– Timbalan Presiden UMNO (1993-1998)

– Timbalan Perdana Menteri (1993-1998)


6. Pada tahun 1993, beliau pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh EuroMoney 1993, Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney 1996 dan Tokoh Muslim Berpengaruh Dunia oleh The Royal Islamic Strategic Centre, Jordan 2017-2022.

7. Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pada Mac 1998, Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa dari Mac hingga September 1998.

ANWAR IBRAHIM

8. Pada 16 Mei 2018, Anwar bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan menang besar dengan majoriti 23,560 undi.

9. PRU15, Anwar bertanding di Tambun dan menang dengan majoriti undi 3,736.

10. Beliau akhirnya digelar Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November 2022. Tahniah!


Sumber: BuletinfmAstro Awani


Kredit -SirapLimau.com.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post