Umum mengetahui penyanyi, Zamani Slam telah selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang semakin melengkung disebabkan penyakit scoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, semalam.
Keadaan Zamani Masih Belum Stabil
ARTIKEL MENARIK:Zamani Selamat Jalani Pembed4han, Isteri Ucap Terima Kasih Doa Peminat
Perkara itu turut dikongsi oleh pengacara tersohor, Aznil Nawawi menerusi hantaran di Instagram yang berkongsi perbualannya bersama isteri Zamani, Juliana yang menjelaskan keadaan terkini Zamani.
“Zamani masih lagi di ICU sebab doktor memerlukan pemantauan selama 48 jam. Keadaan dia masih belum stabil. Apabila dia sudah boleh ke wad biasa, Ju akan update Pak Nil. Pak Nil orang pertama Ju (isteri Zamani) akan update.”-Kongsi Aznil
Dibanjiri Doa Peminat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dilihat menitipkan doa agar Zamani dapat diberikan kesembuhan dengan cepat, malah ada yang turut meluahkan rasa kagum dengan Pak Nil yang tidak henti berkongsi perkembangan terkini Zamani.
“Terima kasih buat Pak Nil yang selalu prihatin dengan nasib orang lain. Semoga Allah permudahkan segala urusan rawatan dan beri kesembuhan buat Zamani Ibrahim.. Aamin.”
“Kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Zamani dan Pak Nil. Aamin.”
“Semoga diberi kesembuhan… semoga pulih seperti sediakala..”
Sama-sama kita doakan agar Zamani diberi kesembuhan dengan cepat dan dapat meneruskan karier nyanyiannya seperti sediakala.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber/ Kredit : https://murai.my/
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Kredit -Slamber Media
Post a Comment