Selepas tersebar kad undangan majlis ijab dan qabul pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, dan pasangannya juga pempengaruh Syifa Melvin, 28, yang difahamkan berlangsung malam ini, dikongsikan pula oleh seorang pemilik akaun Tik Tok, video malam berinai mereka.
ARTIKEL MENARIK:Patutlah Wajah Tidak Dimakan Usia..Rupanya Ini Rahsia Awet Muda 6 Artis Wanita Tempatan
Menerusi video dengan kapsyen ‘Malam Berinai Syifa Melvin & Safawi Rasid’ yang berdurasi 13 saat daripada akaun Tik Tok, miamia_mia11 itu, kedua-dua bakal pengantin tersenyum menunjukkan tangan mereka yang siap berinai.
Meskipun kedua-duanya selesa ‘mengunci mulut’ mengenai hari terpenting mereka, namun pengaruh media sosial masa kini membuatkan semuanya sukar disembunyi dengan lancar.
Meskipun tidak melayangkan sebarang jemputan kepada media, difahamkan, majlis pernikahan berkenaan akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada pukul 7 malam sehingga 11 malam ini, dengan tema pakaian serba putih dan menutup aurat.
Terdahulu, kisah perancangan perkahwinan pasangan popular ini begitu hangat diperkatakan di media sosial, terutama beberapa tarikh turut disebut- sebut, sebelum tersebar kad undangan majlis ijab dan qabul mereka yang bertarikh hari ini.
Difahamkan majlis pernikahan berkenaan akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada jam 7 malam sehingga 11 malam ini, dengan tema pakaian serba putih dan menutup aurat.
Sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan semakin hampir jugacsudah dihidu lebih awal oleh penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Safawi yang berada di tepi padang selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC dikejutkan dengan nyanyian lagu terbabit.
Video berdurasi 20 saat itu memperlihatkan Safawi mengangkat tangan seperti mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya, sekali gus membuatkan seluruh stadium bergema.
Tidak hanya itu, kelibat Safawi sebagai tonggak utama JDT juga tidak muncul dalam barisan pemain skuad Harimau Selatan itu pada final Piala Malaysia menentang pasukan Selangor, malam kelmarin.
Begitu juga, nama pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu tiada langsung tertera dalam senarai barisan pemain yang dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), sekali gus menguatkan lagi spekulasi perkahwinan yang timbul.
Bayangan perkahwinan pasangan itu diperkuatkan lagi dengan penularan kad undangan perkahwinan bertarikh 3 Disember 2022 dikatakan milik Syifa dan Safawi yang diterima Kosmo! menerusi aplikasi WhatsApp.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Kosmo
Kredit -Berita Stedy Media
Post a Comment