Keputusan rasmi bagi penamaan calon Perdana Menteri yang ke sepuluh masih lagi menjadi tanda tanya hingga kini apabila Yang Di-pertuan Agong telah melanjutkan tarikh proses hingga esok.
Satu video telah tular di media sosial mengenai Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan telah membuka ‘rahsia’ taktik Presiden UMNO, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, eh rahsia apa itu?
ARTIKEL MENARIK:Ismail Sabri Tak Kesah Dipecat! Tetap Tak Mahu Kerjasama Dengan Pakatan Harapan
Udang di sebalik batu?
@broihseBahaya jajaran baru, undilah PN untuk selamatkan negara #perikatannasional #barisannasional #pru15 #ge15 #malayu #malaysiamemilih #anakmuda #bersihdanstabil
♬ original sound – Ehsey – Ehsey
Melalui video yang itu, Muhyiddin mendedahkan bahawa usaha Zahid untuk membentuk kerajaan bersama dengan Pakatan Harapan adalah disebabkan untuk melepaskan diri daripada dakwaan kes rasuah sebelum ini.
Kalau dia tak cukup membentuk kerajaan, dia gabungkan dengan Pakatan Harapan maka waktu itu boleh menang kononnya. Kalau menang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan dia mungkin berharap kalau Anwar Ibrahim jadi PM, Anwar akan gugurkan segala kes di Mahkamah.
Sebelum ini, Zahid telah bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Dato Anwar Ibrahim dan didakwa mahu menggabungkan kedua parti itu untuk membentuk kerajaan. Namun, kata putus bagi situasi tersebut masih lagi belum dimaklumkan.
Kredit: TikTok
Kredit -Oh! Media.
Post a Comment