TikTok alat pengintip China di Malaysia?

TikTok alat pengintip China di Malaysia?

SAUDARA PENGARANG, Bertahun lamanya China dituduh menggunakan teknologi mereka sebagai alat pengintip bagi mendapatkan data berharga yang lebih bernilai daripada emas.

TikTok alat pengintip China di Malaysia?



Dalam diam, mereka menggunakan aplikasi popular TikTok yang mungkin digunakan sebagai alat mendengar dan mengumpul data daripada rakyat China.

ARTIKEL MENARIK:Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah dan Labuan


Jika benar, sejauh mana ia menjadi sumber maklumat bagi China dan kerajaan seharusnya mengambil perhatian serius mengenai hal ini.

TikTok yang digunakan hampir di kesemua pelosok dunia termasuk di Malaysia menjadi pintu belakang buat China untuk mendapat akses pengumpulan data peribadi pengguna termasuk kecenderungan politik seseorang.

Walaupun ia masih di peringkat beranggapan, namun banyak negara mula hilang kepercayaan untuk memiliki teknologi China terutama dalam bidang telekomunikasi.



Loading...


Dapat dilihat negara jiran bertindak balas terhadap senario ini dan kerajaan seharusnya tidak boleh terpengaruh dengan janji syarikat gergasi China berhubung kehilangan data.

Maklumat peribadi dan keselamatan data rakyat dan kerajaan Malaysia perlu dipastikan supaya tidak terancam kerana ia milik kita.

Kita mesti menegaskan bahawasanya data Malaysia bukan untuk milikan umum.

Anuar S N
Kuala Selangor


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post