‘Perang’ Sanusi, TMJ terus hangat

‘Perang’ Sanusi, TMJ terus hangat

Oleh JAMLIAH ABDULLAH BAGAIKAN tiada kesudahan, pertikaman lidah antara Presi­den Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial masih berterusan.

‘Perang’ Sanusi, TMJ terus hangat



Malah, bertambah panas apabila kedua-dua pihak dilihat mengeluarkan kenyataan yang semakin ‘pedas’ dalam episod sindir-menyindir termasuk status terbaharu Menteri Besar itu di Facebook miliknya kelmarin.

ARTIKEL MENARIK:Kemaman, Hulu Terengganu dijangka banjir November ini


“Wow! Wow!!! Bahasa terindah untuk perpaduan, untuk Melayu Islam kita pulak tu, contoh te­ladan terbaik daripada seorang pemilik kelab bola sepak untuk pemujanya dan sekali yang berjiwa mentimun. Semua salah ada pada orang lain, dia semua be­tul,” tulisnya.

Menggunakan slogannya yang popular ketika ini, ‘panaih takpa, jangan koyak’, beliau turut memuat naik tangkap layar satu komen Tunku Ismail yang meminta pemilik skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar memberikannya nasihat.

Memetik kata-kata di akaun Instagram berkenaan antaranya menyifatkan tindak-tanduk Muhammad Sanusi itu mampu memecahbelahkan penyokong bola sepak Kedah dan Johor.

“Sudah tiba masanya untuk beliau jaga sikap dan bawa diri sebagai Menteri Besar dan bukannya badut. Semoga Allah SWT berkati Tan Sri.



Loading...


“A leader will give birth to more leaders, a clown will give birth to more clown (pemimpin akan melahirkan lebih banyak pemimpin, badut akan melahirkan lebih banyak badut),” tulis Tunku Ismail.

Pertikaman lidah antara itu tentu sahaja memanaskan situasi apabila netizen tampil dengan reaksi pelbagai.
Selasa lalu, JDT berjaya me­nundukkan KDA FC, 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman yang turut melibatkan beberapa keputusan pengadil yang kontroversi.

Ekoran itu, Muhammad Sanusi meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut apabila memuatkan video perlawanan itu seolah-olah mendakwa gol dijaringkan JDT itu tidak sah kerana ofsaid, selain mempertikai sepakan penalti.

“Tahniah JDT yang menang menentang KDA FC malam ini. Tahniah juga pemain dan penyokong KDA FC yang telah memberi komitmen terbaik. Kalah takpa jangan koyak.

“Lepas ofsaid dan dapat pe­nalti dalam bola sepak memang ada juai di kedai tepi jalan di Kelana Jaya,” tulisnya.


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post