Hari Ketiga Perbicaraan, Polis Dedah Telefon Bimbit Siapa Yang Telah Di Rampas

Hari Ketiga Perbicaraan, Polis Dedah Telefon Bimbit Siapa Yang Telah Di Rampas

Hari ketiga perbicaraan kes gangguan s3ksual pendakwah terkenal, Ebit Lew, mahkamah diberitahu bahawa telefon bimbit milik saksi pertama kes iaitu Mohd Fairuz Abu dirampas selepas membuat tiga laporan polis.

Hari Ketiga Perbicaraan, Polis Dedah Telefon Bimbit Siapa Yang Telah Di Rampas



Telef0n bimbit saksi pertama dirampas



ARTIKEL MENARIK:“Pernah mengambil keputusan nak bu.nuh diri dulu sewaktu PKP”-Shiera dan Tyzo rasa nak menitis air mata bila dengar kisah ini


Perkara itu dimaklumkan Asisten Superitendan Salwani Mohd Hadzir selaku saksi kedua perbicaraan kes gangguan seksual di Mahkamah Majistret hari ini.

Menurut beliau, tiga laporan polis itu diklasifikasikan sebagai sulit dan beliau tidak mempunyai akses kepada laporan tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau tidak pasti sekiranya Mohd Fairuz juga disiasat untuk ketiga-tiga laporan polis tersebut.

Ada kaitan dengan tiga laporan p0lis



Loading...


Namun, beliau sedia maklum bahawa rampasan telefon bimbit Mohd Fairuz yang dilakukan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berkaitan dengan Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim,

Menjawab pertanyaan peguam bela, Ram Singh dalam pemeriksaan balas, Salwani bersetuju dengan cadangan Ram bahawa sebuah telefon bimbit yang dirampas itu berkaitan dengan tiga laporan polis.

Bertindak atas arahan Bukit Aman

Salwani turut menerangkan kepada mahkamah bahawa segala tindakan yang dibuat adalah atas arahan Deputi Superitendan Noor Asyikin Shamsuri selaku pegawai penyiasat Bahagian S3ksual Wanita & Kanak-Kanak, JSJ Bukit Aman.

Setelah merampas telefon bimbit milik Mohd.Fairuz pada 5 Oktober 2021, Salwani bertindak mengeluarkan kad prabayar di dalam telefon bimbit berkenaan sebelum menyerahkan barang rampasan kes tersebut kepada pegawai penyiasat pada 8 Oktober 2021.

SUMBER:Utusan Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post