Selepas tujuh tahun menyulam cinta, pelakon Syafiq Kyle mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Mimi Lana yang juga pelakon, pada tahun depan.
Dah sedia jadi suami Memetik BH Online, Syafiq, 30, memberitahu dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
ARTIKEL MENARIK:Ifa Raziah habiskan duit beli emas. Ramai tergamam bila tahu jumlah harga emas yang dia beli
Kata pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dia merancang untuk tidak bertunang sebaliknya diteruskan dengan perkara wajib iaitu akad nikah.
Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia begini.
Mungkin kami tidak akan adakan majlis pertunangan kerana saya mahu terus bernikah dan melunaskan perkara wajib seperti yang dituntut agama.
Tak akan berahsia
Dalam pada itu, pelakon filem Pusaka ini menafikan desas-desus yang dia bakal menamatkan zaman bujang sekitar akhir tahun ini.
Katanya, dia tidak akan merahsiakan sebaliknya akan berkongsi kepada umum apabila sudah menetapkan tarikh perkahwinan.
Bagaimana nak nikah pada hujung tahun jika tiada persiapan dilakukan? Saya belum ‘tempah’ tok kadi pun untuk majlis tersebut.
Kami belum tetap tarikh disebabkan perlu menyelesaikan komitmen kerjaya seni terlebih dahulu.
Insya-Allah, saya tidak akan berahsia apabila sudah dapat tarikh tetap nanti.
Terdahulu, Syafiq dan Mimi yang pernah bercinta selama lima tahun memutuskan hubungan cinta mereka pada Mei 2020.
Untuk info, pasangan popular tersebut mula berkongsi tentang hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019.
Kredit -
Post a Comment