Semalam, kita dapat saksikan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, dikatakan hampair 50,000 rakyat Malaysia membanjiri lokasi ikonik tersebut.
Mana taknya, dah berapa tahun tak dapat sambut Hari Kebangsaan kan?
ARTIKEL MENARIK:Muncul Dgn Bertopi Tutup Muka, Ustaz Kazim Beritahu Siapa Yg Nasihatkan Dia Supaya Pakai Begini
Sambutan di peringkat negeri juga tidak kurang hebatnya, walaupun ada sesetengah negeri yang memilih untuk mengadakan sambutan ketika ambang Hari Kebangsaan, ada beberapa negeri yang jauh daripada Lembah Klang khusunya, mengadakan perarakan pada 31 Ogos semalam.
Antara negeri itu termasuklah Terengganu dan apa yang mencuri perhatian ialah gelagat beberapa ahli perbarisan daripada kontinjen bomba apabila ternampak seorang individu yang disegani di dalam kalangan penonton iaitu Ustaz Azhar Idrus.
Jenggg sek mungg.. aku kabo doh kam Ustaz Jahar Derus. Ralik ngatt ekpom tengok depang! Hahahaha tahu pun nak gambor. Kalu dop rugi sajeeeee hahahah pic.twitter.com/s1wvY6brG6
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) August 31, 2022
Difahamkan, perarakan Hari Merdeka yang diadakan di Bulatan Ladang Kuala Terengganu itu berlangsung dengan cukup sederhana tetapi masih meriah.
“Sempat cium tangan lagi!”
Gelagat beberapa orang ahli bomba itu membuatkan ramai netizen terhibur dan pada masa yang sama ramai juga yang memuji sifat rendah diri Ustaz Azhar Idrus yang hanya sekadar duduk di atas jalan menyaksikan perarakan tersebut.
Comel betul! Siapa je tak excited bila jumpa idola kan?
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
Kredit -Lobak Merah.
Post a Comment