Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad untuk membela diri terhadap pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.
Hakim Rozina Ayob berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan itu di akhir kes pendakwaan.
ARTIKEL MENARIK:‘Mahkamah buat keputusan betul’ – Pendedahan anak Rosmah buat ramai mula sedar
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, berdepan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta untuk mendapatkan kelulusan Felcra Berhad untuk membuat pelaburan sebanyak RM150 juta dalam produk unit amanah Public Mutual.
Zizie Izette, 44, pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya dalam perkara itu.
Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, dituduh menerima rasuah tersebut daripada ejen pelaburan melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di Kuala Lumpur pada 12 Jun dan 19 Jun 2015.
Ketika prosiding hari ini, Rozina memutuskan keterangan bertentangan saksi pendakwaan ke-24 dan saksi pendakwaan ke-25 adalah tidak relevan dan tiada kesan terhadap pendakwaan yang dihadapi Bung dan Zizie.
Saksi pendakwaan ke-24 adalah ejen Public Mutual Madhi Abdul Hamid manakala saksi pendakwaan ke-25 adalah perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar.
Menurut Rozina, selepas menimbang keseluruhan keterangan saksi serta bukti lain, serta penghujahan bertulis dan lisan oleh pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Bung dan Zizie.
ADS
Dalam kes ini, katanya, kes yang dibangkitkan pendakwaan adalah wang RM2.8 juta diperolehi oleh Bung dengan persubahatan oleh isterinya.
Katanya lagi, tanggapan mengikut Seksyen 50 Akta SPRM terpakai, iaitu RM2.8 juta adalah dorongan yang berkaitan dengan peranan Bung iaitu untuk mendapatkan kelulusan menteri kewangan II agar Felcra Berhad membuat pelaburan RM150 juta dalam produk unit amanah.
“Ada tiga pilihan (untuk dua tertuduh). Pertama, kekal berdiam. Kedua, memberi kenyataan tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh, dan ketiga untuk memberi kenyataan dengan mengangkat sumpah (dari kandang saksi),” katanya.
Mengikut undang-undang, pendakwaan tidak boleh memeriksa balas keterangan tanpa bersumpah oleh tertuduh, tetapi pada masa sama hakim lazimnya tidak cenderung untuk memberi pertimbangan utama terhadap keterangan itu.
Berkenaan pilihan ketiga, mahkamah lebih cenderung untuk mengambil kira keterangan tertuduh yang dibuat setelah mengangkat sumpah, dan keterangan itu boleh diperiksa balas oleh pendakwaan.
Peguam M Athimulan kemudian memaklumkan Bung dan Zizie memilih pilihan ketiga, iaitu memberi keterangan dari kandang saksi selepas mengangkat sumpah.
Athimulan juga berkata pasangan itu akan memanggil 10 saksi, termasuk diri mereka sendiri.
Pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Faridz Gohim Abdullah.
Pada 17 Mei lalu, pendakwaan menyelesaikan kesnya selepas memanggil 30 saksi sepanjang perbicaraan yang bermula pada 2 Januari 2020.
Antara yang dipanggil adalah bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, bekas pengurus besar pelaburan Felcra Adnan Yusof, ahli lembaga pengarah Felcra Dr Habibah Suleiman, penolong penguasa SPRM Norsharil Saharom, serta Madhi dan Norhaili.
‘Anak Dara Pun Kalah Ni Mak Cik’ – Penampilan Terbaru Zizie Izette Curi Perhatian Netizen & Selebriti
Kembali mencuri tumpuan netizen di media sosial, pelakon, Datin Seri Zizie Izette dilihat semakin kurus dan menawan. Berkongsi beberapa foto terbaru di Instagram, netizen turut menyatakan rasa kagum melihat cara Zizie menjaga badan untuk kekal sihat dan tampak cantik.
Meletop!
Mengenakan baju dan seluar bewarna ungu, Zizie memberitahu bahawa dia tidak tahu untuk memuat naik foto yang mana satu di Instagranm miliknya. Oleh sebab itu, dia memuat naik kedua-dua foto tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis kagum melihat perubahan wajah dan bentuk badan Zizie. Ujar netizen, Zizie kelihatan seperti remaja. Ini kerana, bentuk hidung, bibir dan mukanya kelihatan sangat berbeza jika dibandingkan sebelum ini.
Di samping itu, netizen turut meminta tips daripada Zizie tentang rahsia untuk cepat kurus.
Cantiknya!
Sumber: Zizie Izette
kredit:mkini
Kredit -
Post a Comment