Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegur tindakan golongan yang berada dalam kesempitan supaya bersikap bijak menyesuaikan diri dan keluarga dalam memenuhi keperluan serta kehendak seiring dengan kemampuan semasa.
MAIWP menerusi satu hantaran di Facebooknya memaklumkan perkara tersebut selepas pihaknya menerima aduan tentang sebuah keluarga yang dikatakan memerlukan bantuan zakat di ibu kota.
ARTIKEL MENARIK:Pesalah Juvana Mampu Dapat 8A. Terima Anugerah Akademik Terbaik
Bagaimanapun, pihaknya menerusi Skuad Jejak Asnaf yang turun ke lapangan terkejut apabila mendapati keluarga yang dikatakan memerlukan bantuan itu mampu menyewa di sebuah kondominium mewah.
“Bertindak atas aduan awam yang diterima, MAIWP menerusi Skuad Jejak Asnaf telah turun menjejaki sebuah keluarga yang dikatakan memerlukan kepada bantuan zakat.
“Setibanya di lokasi, kami didatangi perasaan terkejut apabila melihat nilai hartanah di tempat tersebut.
“Secara pratikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
MAIWP turut mendedahkan hasil dapatan maklumat pihaknya bahawa keluarga tersebut juga menghuni kediaman berkenaan dengan bayaran sewa secara bulanan dan bukan rumah pusaka ataupun menerima ihsan mana-mana pihak dengan tinggal secara percuma.
Sementara itu katanya, kebanyakan mereka yang menetap di kediaman mewah seringkali memberikan alasan melibatkan faktor keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya berdekatan dengan sekolah anak.
“MAIWP menasihatkan kepada mereka di luar sana yang terkesan atau berada dalam kesempitan hidup perlu bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup,” katanya.
Tinjauan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook Khairul Azri pula mendapati kondominium di kawasan elit tersebut biasanya disewa pada lingkungan harga RM3 ribu sebulan. Berikut adalah hantaran yang dibuat olehnya yang kesal dengan kejadian tersebut.
Ada orang buat aduan awam, kata ada keluarga perlu bantuan. Susah, layak asnaf katanya. Maka Skuad Jejak Asnaf turun siasat sebelum bagi zakat.
Bila sampai dekat rumah bakal asnaf. Rupanya sedang menyewa kondo upscale yang sewa boleh pergi RM3K sebulan.
Jadi nampak tak kepentingan prosedur sebelum release duit zakat atau bantuan kepada bakal asnaf daripada main tabur dengan ayat,
‘Dia tipu itu dia dengan Tuhan, bahagian aku dah lepas dah.’
Sumber : Sinar Harian / Khairul Azri
Kredit -
Post a Comment