JDT juara Piala FA 2022, Rupanya Ada Benda Yang TMJ Bagi Pinjam Sebelum Perlawanan Berlangsung Buat Ramai Respek

JDT juara Piala FA 2022, Rupanya Ada Benda Yang TMJ Bagi Pinjam Sebelum Perlawanan Berlangsung Buat Ramai Respek

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan mereka layak digelar sebagai ‘raja’ bola sepak nusantara apabila membenam Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final Piala FA sebentar tadi.

JDT juara Piala FA 2022, Rupanya Ada Benda Yang TMJ Bagi Pinjam Sebelum Perlawanan Berlangsung Buat Ramai Respek



Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu menyaksikan JDT yang juga juara lapan kali Liga Super cukup mantap hampir semua bahagian sekali gus sukar bagi TFC mencari gol penyamaan untuk menghidupkan peluang.

ARTIKEL MENARIK:Malaysia Tewaskan Bangladesh 4-1, Layak Ke Pusingan Akhir Piala Asia


Malah, kemenangan itu menyaksikan JDT kini hanya tinggal untuk menjulang Piala Malaysia saja pada musim 2022 dalam usaha melengkapkan kejuaraan mereka sebagai pasukan terbaik di negara ini.

Separuh masa pertama menyaksikan JDT hampir mendahului perlawanan pada minit ke-11 apabila rembatan pemain lincah Arif Aiman Hanapi terkena tiang sekali gus memberi kelegaan kepada skuad kendalian Nafazi Zain.

TFC pula yang dilihat lebih banyak bertahan turut berpeluang mengejutkan skuad kendalian Hector Bidoglio menerusi Kipre Techetche namun pengalaman penjaga gol JDT Farizal Marlias berjaya menidakkan serangan itu sekali gus menyelamatkan pintu gawang Harimau Selatan.

Gol yang ditunggu akhirnya hadir pada minit ke-34 apabila kelincahan Arif menggelecek pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan menerjah gol untuk kedudukan 1-0.

Babak kedua pula menyaksikan JDT bagaikan dahaga gol apabila terus mengatur serangan berbahaya ke kubu lawan.

Namun, kesilapan penjaga gol TFC Rahadiazli Rahalim yang menjatuhkan ayam tambatan JDT Bergson Da Silva dihukum dengan sepakan penalti sebelum disempurnakan pemain terbabit untuk kedudukan 2-0.

Skuad Penyu dilihat enggan cepat mengalah apabila berjaya merapatkan jurang selepas rembatan penyerang mereka Tchetche terkena Farizal sebelum menerjah gawang minit ke-75 untuk kedudukan 2-1.

JDT yang melakukan tiga pertukaran pemain untuk menguatkan jentera serangan mereka menutup terus peluang TFC apabila kesilapan Rahadiazli yang keluar terlalu awal memberi ruang kepada Bergson menyumbat gol ketiga JDT untuk kedudukan 3-1.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan JDT berjaya membawa pulang Piala FA selepas kali terakhir menjulangnya pada 2016.

TMJ beri pinjam kanvas tutup padang Stadium Nasional

Terdahulu PEMILIK Johor Darul Ta,zim(JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil langkah proaktif bagi memastikan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil dalam keadaan baik apabila memberi pinjam kanvas untuk menutup padang berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram beliau memaklumkan bahawa kanvas yang menutup padang stadium untuk aksi final Piala FA adalah milik Harimau Selatan.

Tindakan itu nyata bertepatan kerana pada petang sebelum perlawanan akhir, keadaan di Stadium Nasional hujan renyai menyebabkan padang mungkin rosak apabila berlangsungnya perlawanan akhir nanti.

Untuk rekod, padang Stadium Nasional rosak teruk pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini sekali gus tindakan drastik dilakukan pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk memperbaikinya.

Malah, situasi tersebut turut mengundang kecaman pelbagai pihak kerana stadium berharga ratusan juta ringgit itu tidak sepatutnya berhadapan masalah berkenaan hingga terpaksa menggunakan penyodok untuk membuang air bertakung.

Tangkap layar Instagram Tunku Ismail.



Loading...


LIMA FAKTOR JDT BOLEH JUARA

1. PRESTASI SEMASA

Sekalipun dibelasah di pentas Liga Juara Juara (ACL), JDT masih menunjukkan konsistensi dalam kancah bola sepak tempatan yang jelas membuktikan betapa mereka memiliki material untuk menjuarai Piala FA.

Mereka belum pernah merasai kekalahan di bumi Malaysia termasuklah dalam saingan Liga Super mahupun Piala FA – mereka masih lagi ‘kebal’ sepanjang musim ini.

Hanya tiga kali mereka disekat daripada menang pada musim ini sekali gus menyaksikan TFC akan berdepan misi sukar untuk menghadiahkan kekalahan sulung buat skuad Harimau Selatan.

2. ‘HEAD TO HEAD’ MILIK JDT

Skuad bimbingan Hector Bidoglio sudahpun memiliki kemenangan ‘moral’ ke atas skuad Penyu menuju ke aksi final Piala FA malam ini,

Dalam dua pertembungan Liga Super pada musim ini, JDT menang kedua dua aksi di tempat sendiri dan juga tempat lawan.

Mereka menang buat kali pertama di Stadium Sultan Ibrahim dengan keputusan 2-1 sebelum meraih keputusan sama pada aksi kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

3. DERETAN BINTANG

Dengan himpunan ramai bintang dan pemain tempatan berstatus kebangsaan, Bidoglio memiliki banyak pilihan dalam kesebelasan utama dan juga bangku simpanan berkelas ‘A’.

Ini membolehkan JDT ada kekuatan seimbang dari segi pemain utama mahupun pemain simpanan jadi kelebihan ini menyaksikan mereka berupaya merencana apa sahaja perancangan yang dimahukan.

Jika pemain utama gagal menyerlah, Bidoglio masih boleh mencari ‘ikhtiar’ lain memandangkan kelompok pemain mereka disifatkan memiliki kekuatan dan tahap yang setara.

4. MOTIVASI DARIPADA ‘HATERS’

Sebagai pasukan terbaik di Liga Malaysia (Liga M), mereka sentiasa menjadi ‘sasaran’ penyokong lawan sekiranya gagal meraih keputusan positif.

‘Pengajaran’ selepas tewas pada final Piala Malaysia musim lalu yang menyaksikan mereka menjadi ‘bahan gurauan’ penyokong lawan seharusnya dijadikan motivasi supaya ‘tragedi’ sama tidak berulang.

Kekalahan di pentas final Piala FA akan ‘membuka pintu’ untuk mereka berdepan situasi sama – jadi apa lagi pembakar semangat terbaik buat pemain JDT bagi aksi penentuan ini?

5. ‘CHEAT CODE’ MENDAPATKAN GOL

Mereka ada dua penyerang berbisa yang hanya mampu dipandang pasukan lain tetapi tidak mampu untuk dimiliki.

Gandingan Bergson da Silva dan Fernando Forestieri sememangnya satu ‘pakatan’ serangan yang amat dahsyat – JDT sekali lagi akan bergantung harap kepada dua pemain ini untuk merobek gawang TFC.

Menyekat dua penyerang ini mungkin hanya mampu ‘menawarkan’ separuh kekuatan JDT kerana mereka masih lagi berupaya mendapatkan gol daripada pemain lain.

kredit: hmetro


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post