Menerusi konsert minggu ketiga ‘Terpaling Juara’, Dato Hattan selaku juri tetap program berkenaan meminta pihak penerbit untuk tidak melakukan sebarang penyingkiran, semalam. Hazami dan Ifa Raziah dua terendah?
Di akhir program, Dato Hattan meminta Haziq dan Shiha untuk membacakan dua nama peserta yang menduduki dua tangga terbawah. Menurut Haziq, Hazami dan Ifa Raziah memperoleh markah yang terendah berdasarkan persembahan semalam
ARTIKEL MENARIK:Sudah-sudahlah buat drama” – Lelaki Ini Mengaku Bapa Saudara Puteri Balqis. Mula Dedah Perkara Ini
“Semasa sesi latihan saya dapat pujian, bagus. Selama dua hari sejak Khamis dan petang tadi (semalam) semua ok. Tapi itulah kitakan manusia akan lakukan kesilapan dan bukan robot,” kata Ifa Raziah. Ifa berkata demikian ketika mengulas persembahannya menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dalam program realiti Terpaling Juara yang dikatakan teruk dan sumbang. “Masa nak keluar diumumkan dua peserta tangga terbawah dengan Hazami pun saya hampir terjatuh. Bukan saya nak bohong.
“Disebabkan benda yang kita tak rancang dan tak disengajakan, segalanya jadi lain. Tiada siapa yang sempurna. “Kau bagus macam manapun kalau ada kesilapan teknikal dia akan jadikan kita huru hara. Itu masih terkawal atas pentas. Kalau budak baru dia tak boleh kawal itu semua,” katanya kepada Harian Metro. Penyanyi yang dikenali dengan imej bersuara lantang ini berkata, dia tidak kesal dengan apa yang berlaku dalam persembahannya.
“Tak mengapa, orang kenal saya sebagai penyanyi dangdut. Tapi saya bangga dengan diri saya sendiri kerana setiap minggu saya mencuba sesuatu yang lain. “Bukan semua orang boleh sahut cabaran ini. Saya buat yang terbaik dan tunjukkan. Orang TV3 pun tahu saya boleh buat. Cuma nasib saya kurang baik akibat teknikal,” katanya. Ifa dan Hazami bagaimanapun diselamatkan oleh Hattan yang mahu terus memberi peluang mereka berada dalam program ini.
“Apapun saya okey kalau tersingkir. Kalau tersingkir pun saya tetap Ifa Raziah. kau ingat aku tiada duit RM100,000 itu? “Nak kata saya gembira atau sedih sebab terselamat itu tidaklah. Pada saya ia biasa macam saya buat show hari-hari. Walau macam ini pun tetap juga orang panggil saya menyanyi,” katanya.
Sumber : InfoRentasAsia
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment