Terpedaya Dengan Saranan Bomoh, Remaja Tergamak Bvnvh Ibu Bapa Sendiri

Terpedaya Dengan Saranan Bomoh, Remaja Tergamak Bvnvh Ibu Bapa Sendiri

INDIA – Seorang remaja berusia 17 tahun didakwa membunuh ibu bapanya atas saranan ‘tantrik’ (bomoh) demi menyembuhkan abangnya yang sakit mental, lapor agensi berita Wions.

Terpedaya Dengan Saranan Bomoh, Remaja Tergamak Bvnvh Ibu Bapa Sendiri



Insiden yang berlaku di daerah Raigarh, Chhattisgarh itu dipercayai melibatkan beberapa saudara mara mangsa.

ARTIKEL MENARIK:“Saya Akan Besarkan Anak-Anak Kami Dengan…” – Dikritik Pilih Status Kerakyatan British Untuk Anak, Ini Respons Dr Amalina Bakri


Menurut polis tempatan, remaja itu dan enam yang lain telah ditahan manakala seorang lagi tertuduh masih bebas.

Abhisek Meena, pegawai polis tempatan menyatakan mayat mangsa,40 dan isterinya,35 telah ditemui di bawah jambatan sungai Mahanadi di wilayah Saria.

“Motif pembunuhan terbongkar saat proses soal siasat dijalankan terhadap anak lelaki mangsa yang baru berumur 17 tahun.

“Suspek berkata, kematian itu adalah disebabkan sebahagian daripada sihir kerana mereka melakukan pembunuhan itu atas saranan bomoh,” ujar polis.

Remaja itu turut mendedahkan bahawa abangnya telah menghidap masalah mental sebulan lalu.

“Menurut bomoh, punca sakit yang dialami oleh abangnya itu adalah disebabkan ilmu hitam yang diamalkan oleh ibu.

“Bomoh itu seakan-akan menasihati saya untuk membunuh ibu bapa saya sekiranya saya ingin menyembuhkan sakit yang dialami oleh abang,” ujar suspek.



Loading...


Suspek turut mendedahkan bahawa bomoh itu memberitahunya segala apa yang dia lakukan itu adalah salah satu pengorbanan untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka.

Ekoran itu, saudara-mara dan rakan subahatnya telah membantu suspek untuk melakukan pembunuhan.

Mereka dipercayai telah mencekik kedua-dua mangsa hingga mati sebelum melemparkan mayat ke bawah jambatan.

Pihak polis mengatakan bahawa seorang lagi suspek masih bebas berkeliaran di luar.

Sumber: Wions News


Kredit -Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post