KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikatakan menggunting dan merosakkan Jalur Gemilang yang dipasang di sekitar kawasan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di ibu negara.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, usaha mengesan individu berkenaan sedang dilakukan namun pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut setakat ini.
ARTIKEL MENARIK:Lelaki ‘disekolahkan’ sebab pert!kai kucing tidur atas troli ub4t, kot0r katanya! Kesian Oyen jadi m4ngsa viral
“Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu (gunting dan rosakkan Jalur Gemilang) sedang dijalankan,” katanya secara ringkas ketika dihubungi tengah malam tadi.
Ujar Noor Delhan, polis juga sedang meneliti rakaman video tular di media sosial untuk tindakan lanjut.
Terdahulu perbuatan pelik individu berbaju merah lengan panjang dan topi biru menggunting dan merosakkan Jalur Gemilang di hadapan bangunan MaTiC tular di media sosial.
Satu rakaman video Tik Tok berdurasi 38 saat oleh seorang penumpang kereta yang kebetulan melihat perbuatan lelaki itu mengejutkan warga netizen yang kemudiannya mengecam tindakan itu.
Bagaimanapun individu yang merakam insiden itu menegur perbuatan itu sebelum dimarahi lelaki terbabit dan perakam video tidak berani memandangkan lelaki itu memegang gunting.
Insiden itu ternyata menyinggung perasaan dan mencetuskan rasa kurang senang orang awam lebih-lebih lagi melihat Jalur Gemilang dirosakkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. – MalaysiaGazette
Post a Comment