“Ko Dah Knpa, Check Dulu Sblm Komen..”- Neelofa Ditegur Kerana Komen Macam Ni Kat Ig Elisya Sandha

“Ko Dah Knpa, Check Dulu Sblm Komen..”- Neelofa Ditegur Kerana Komen Macam Ni Kat Ig Elisya Sandha

Selepas melahirkan anak sulungnya pada June lalu, pelakon Elisya Sandha tidak lokek berkongsikan foto anak perempuannya yang diberi nama Bunga Elhaq.



“Ko Dah Knpa, Check Dulu Sblm Komen..”- Neelofa Ditegur Kerana Komen Macam Ni Kat Ig Elisya Sandha



Baru-baru ini, Elisya ada memuat naik video anaknya. Diruangan komen ramai yang memuji kecomelan cucu sulung pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly itu.

ARTIKEL MENARIK:“11 Tahun Tunggu Zuriat..”- Akhirnya Isteri Achey Buat Kejutan Untuk Suami Buat Ramai Doakan



Tidak ketinggalan, selebriti popular Neelofa juga turut meninggalkan satu komen berbunyi ‘Cheecky boy masyaAllah’ pada video dikongsikan Elisya.

Bagaimanapun, komen Neelofa itu menerima teguran ramai yang memaklumkan anak Elisya adalah jantina perempuan dan bukannya lelaki. Dalam pada itu, ada yang mengatakan mungkin kerana Neelofa sudah biasa dengan anak lelakinya disebabkan itu tersilap.

Ni baby girl bukan boy

Sementara itu, ada mengambil kesempatan bertanyakan bilakah Neelofa akan mendedahkan wajah anaknya, Muhammad Bilal kepada umum.

Elisya dapat ba.yi perempuan



Loading...


Adik pelakon Fasha Sandha, Elisya Sandha selamat melahirkan ba.yi perempuan secara pembedahan di sebuah h0spital di Ampang, pada jam 8.40 pagi tadi.

Berita gembira itu disahkan ibu Elisya, Hatijah Teh Man kepada BH Online.

“Alhamdulillah, Elisya sudah selamat melahirkan anak sulung berat 3.25 kilogram (kg). Keadaan Elisya dan cucu, semua baik,” katanya.

Ibu mentua Elisya, Sheila Rusly turut memuat naik video pendek atau ‘reels’ di Instagram (IG) menampakkan bahagian tangannya menggenggam jari cucu.

Sementara itu, Elisya atau nama penuh, Nur Elisya Sandha Hassan memberitahu, dia dan suami, Uzair Haqimy sudah mempunyai nama buat puteri mereka yang dipilih Sheila.

“Ibu bermimpi mengenai nama ketika saya ham.il lima bulan. Jadi, beliau minta izin hendak beri nama untuk cucu pertamanya itu. Saya dan suami fikir nama itu sesuai.

“Apa yang saya boleh katakan, nama anak kami ada gabungan nama saya dan suami,” katanya.

Bunga ElHaq Uzair Haqimy. Indah dan unik!

Begitulah nama cahaya mata sulung pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pagi semalam.

Pilihan nama indah itu awaknya dikongsikan kakak kepada Elisya yang juga aktres Fasha Sandha menerusi hantaran video di Instagramnya ketika melawat ibu muda serta si kecil di hospital.

“Syukur ahamdulillah. Tahniah Uzair Haqimy dan adik saya, Elisya. Syukur, Allahuakbar cantiknya ‘baby’ Bunga Elhaq. Selamat datang ke dunia sayang ibu,” katanya.

Pada perkongsian sama, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 38, itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada kedua-dua wanita penting dalam hidup adiknya termasuk mentua Elisya, Sheila Rusly.

“Cantik dan sihat ‘baby’ Bunga. Syukur, selamat berpantang Elisya. Tahniah Nana Sheila Rusly, nani Mama Sandha dapat cucu. Syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.

Nama Bunga Elhaq seterus diumumkan sendiri oleh Elisya dan Uzair menerusi Instagram masing-masing, sekali gus mengesahkan pilihan nama buat cucu sulung pasangan penerbit Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo itu.

Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 18 Jun lalu.

Sumber/ Kredit :OMM

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://bartasangbad.site/


Kredit - Slamber Media



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post