TEMERLOH: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun antara empat yang disahkan maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) hala Kuantan awal pagi tadi.
Selain kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Danis, turut maut adalah pasangan suami isteri warga emas yang juga penumpang Proton Exora, Mohmed@Mohamed Shamsuddin, 75 dan Kamariah Hamzah, 72.
ARTIKEL MENARIK:Dirempuh Semasa M4hu Membelok, Peniaga Bingung Ken4 Saman Walaupun Van Polis Yang Langgar Belakangnya
Turut maut pemandu trak tunda Mohd Azuan Zainal Abidin, 53.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff, berkata kemalangan berlaku jam 3.10 pagi tadi itu juga menyebabkan lapan lagi penumpang Proton Exora berusia antara dua hingga 30 tahun cedera.
Sementara itu, pemandu kereta Proton Waja yang berusia 36 tahun koma, manakala dua anak perempuannya berusia 11 dan lima tahun cedera ringan dan isterinya, 36, tidak mengalami kecederaan.
“Pemandu lori (kontena) berusia 56 tahun dan berasal dari Kedah, juga cedera ringan dalam kemalangan itu dan kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mengulas kejadian itu, Mohd Azhar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori kontena melanggar tiga kenderaan terbabit (Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda) yang berada di lorong kecemasan.
“Lori kontena dipercayai merempuh trak tunda yang semasa itu dalam proses menaikkan Proton Exora untuk ditunda,” katanya.
Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian diminta datang ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Mayat mangsa dan semua yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Bernama-
Kredit -
Post a Comment