Dua Kali Kena COVID-19, Paru-Paru Nabila Huda Kini Berparut
Selepas dua kali dijangkiti wabak COVID-19, pelakon dan pengacara Nabila Huda mendedahkan paru-parunya kini sudahpun berparut.
ARTIKEL MENARIK:Mizz Nina Menangis Masa Bagi Ceramah Tentang Penceraian Buat Ramai Sebak
Bagaimanapun menurut doktor, ia tidak mendatangkan masalah atau komplikasi serius namun perkara itu nyata membimbangkannya.
Ujar Nabila Huda di Twitter, parut itu jelas kelihatan dengan saiz kecil pada bahagian atas paru-parunya.
“Paru-paru ada parut disebabkan COVID-19. Tapi tak besar, kecil saja di bahagian atas. Doktor cakap tiada apa-apa, tapi bila organ kita dah cacat sedikit, saya jadi risau sebab dah tak sempurna macam dulu.
“Lagipun organ kita dijadikan sempurna, tapi kalau dah kacau sikit mungkin boleh pergi ke arah penyakit lain. Itu yang saya fikir. Tapi tidaklah terlalu risau. Redha dan teruskan hidup macam biasa. Katanya tiada apa yang boleh kembalikan dan menjadi sempurna seperti dulu. Parut itu kekal ada di situ,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.
My lung ada parut disebabkan covid. Tapi tak besar,small je kat belah atas. Doctor cakap takde apa. Tapi kan..bila organ kite dah cacat a bit,risau jugak kan sebab dia tak perfect dah macam dulu.
Ujar pemilik nama sebenar Nur Nabila Huda Suhaimi lagi, beliau mengambil serius jika ia melibatkan tahap kesihatannya selain memikirkan risiko yang bakal terjadi.
“Saya kalau benda macam kena-mengena dengan dalaman ini saya sangat risau. Sebagai contoh, kita potong usus atau apa saja, saya selalu terbayang jika saiz itu diubah dan itulah kejadian asalnya, apa kesan yang bakal berlaku apabila sudah tua nanti.
“Perkara itu pun saya dah berfikir jauh, inikan paru-paru ada parut. Tapi apapun saya reda sebab dah tertulis perjalanan hidup kita begini. Sakit itu pasti akan datang. Tapi berdoalah kita dijauhi sakit yang kita tak boleh nak kawal.
“Namun, perkara yang paling menarik selain terdapat parut di paru-paru yang buat saya risau, doktor maklumkan anggota dalaman lain seperti buah pinggang, hati, jantung, darah dan kolestrol semuanya ‘cantik’,” katanya.
“Berhenti Hantar Mesej Yang Menakutkan!”-Tamat Kuarantin Covid-19, Nabila Huda Kongsi Supplement Yang Digunakan
Pelakon Nabila Huda bersyukur akhirnya selepas 10 hari kuarantin kendiri akhirnya dia bebas dari jangkitan virus Covid-19.
Pun begitu, Nabila masih mengambil langkah berjaga-jaga dan berkongsi ubat tambahan yang diamalkan sepanjang kuarantin sehingga kini.
“Alhamdulillah , selesai sudah self-quarantine dan self-monitor at home selama 10 hari..Tapi abil tau dia masih lagi ada dalam badan and kena terus fight untuk hilangkan.
“Ni saya share jenis vitamins, oils, suppliment yang saya ambil untuk korang yang tengah struggle untuk melawan Covid-19 dalam badan.
“Yang mana korang rasa mahal nak beli,tak perlu ok! macam EO tu agak mahal. Tapi dia worth to buy. I would not mind spending janji sihat. Tapi tak perlu kalau tak mampu. Pakai vicks je pun boleh.
“Bagi siapa yang tak di jangkiti pun, saya cadangkan korang boleh mula untuk amik supplement ni jugak ok. Dah boleh tukar minum air sejuk kepada air panas with lemon,” katanya.
Anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto yang menunjukkan semua jenis ubat dan vitamin yang diamalkan.
Menurut Nabila dalam keadaan serta situasi pandemic ini, semua perlu berjaga-jaga kerana Covid-19 mudah berjangkit.
“Dalam keadaan kita skarang ni, kita boleh dijangkiti atas kecuaian kita atau orang lain. Trust me,you never know.
“Keadaan negara kita dah semakin chaos and our frontliners dah penat. It’s about time untuk kita jaga diri kita.
“Jangan malu untuk share dengan orang keliling about your experience, symptoms or anything yang korang tahu supaya siapa yang belum dijangkiti,mereka dah dalam keadaan bersedia. Kite bagi awareness supaya nanti dorang tak la panic sangat.
“Avoid makan luar. Belajar untuk masak sendiri sebab kite tau apa yang kite masak,bahan apa yang kite guna kan dan ia dijamin bersih,” sarannya..
Berkongsi mengenai pengalamannya sebagai pesakit Covid-19, Nabila akui emosinya tidak stabil tetapi perlu kuat melawan.
“Pada positive patient yang tiada symptoms, saya suggest if mampu untuk self-monitor at home, buat lah ok.. Percayalah, korang boleh survive!
“Paranoid and emotion unstable itu adalah normal..dan tolong lah, berhenti hantar broadcast yang merepek untuk menakutkan orang on WhatsApp.
“Saya doa kan korang dan keluarga korang dijauhi dari penyakit gila ni..Yang mana masih lagi tengah fight,abil doakan korang cepat sembuh..You can do this!,” katanya lagi.
Nabila turut mengucapakn terima kasih kepada semua yang menyokong serta memberinya kata-kata semangat ketika melawan penyakit tersebut.
Pelakon wanita itu menjalani kuarantin di rumah sejak dia disahkan positif Covid-19 yang lalu.
Sumber: Era (Malaysia), gempak.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Kredit -
Post a Comment