Buat 1 Adunan Dapat ‘3 Jenis Kuih’, Memang Menjimatkan Masa! Ikut Je Cara Ini

Buat 1 Adunan Dapat ‘3 Jenis Kuih’, Memang Menjimatkan Masa! Ikut Je Cara Ini

Siapa suka buat kuih wajib cuba resepi ini. 1 resepi adunan doh boleh buat 3 jenis kuih sekaligus yang sedap, mudah dan membuka selera anak-anak.

Buat 1 Adunan Dapat ‘3 Jenis Kuih’, Memang Menjimatkan Masa! Ikut Je Cara Ini



Menerusi perkongsian saudari Nitaharry, beliau telah menunjukkan cara-cara menghasilkan doh yang boleh digunakan untuk menghasilkan donut, cakoi dan pau yang sangat sedap.

ARTIKEL MENARIK:Cara Buat Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup & Banyak Serdak. Peniaga Ini Dedah Rahsianya




Berbaloi kan? Jimat masa dan tenaga. Nak tahu resepinya? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Doh Homemade Untuk Buat 3 Jenis Kuih

Bahan-Bahan:

  • 400g tepung gandum
  • 1 cawan air
  • Marjerin 1 sudu besar
  • 1 sudu kecik garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung
  • Yis mauripan 2 sudu kecik
  • 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • 1 biji telur

Cara-Cara:

  1. Kalau guna breadmaker, masukkan sahaja semua bahan.
  2. Jika uli guna tangan, macam biasa satukan air, gula, yis dan susu pekat. Kemudian baru masukkan bahan-bahan lain.
  3. Bancuh dan biarkan kembang. Kemudian boleh uli macam biasa.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut jenis kuih yang mahu dibuat seperti donut, cakoi atau pau.

Tips Ekstra:

Untuk Kuih Donut, ambil doh mengikut saiz donut yang disukai. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah menggunakan jari.



Untuk Kuih Cakoi, uli doh kemudian gelek sampai jadi leper. Potongkan memanjang. Letak lidi di tengah dan tekankan.



Loading...




Untuk Kuih Pau, leperkan doh dan letak inti yang disukai. Bulat-bulatkan. Biarkan kembang sedikit sebelum dikukus.



Kredit: Nitaharry Via My Resepi


Kredit -Rencah Rasa.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post