PERNAH beberapa kali juga tular di media sosial mengenai perkongsian warga maya yang kehilangan telefon pintar dan berjaya mendapatkan semula peranti tersebut sama ada dengan menjejakinya ataupun ia dipulangkan oleh individu lain.
Adalah beruntung sekiranya ia ‘jatuh’ ke tangan orang yang jujur dan amanah, namun lain pula kisah yang dialami oleh wanita ini.
ARTIKEL MENARIK:“Brjalan dgn megah nyer” Wanita Hin4 Islam Muncul Di Kompleks Mahkamah Dgn Diiringi Pihak Polis Tarik Perhatian Ramai
Dia hampir sahaja berputih mata gara-gara iPhone 7 Plus miliknya dicuri ketika dalam perjalanan pulang ke kampung di Kelantan dengan menaiki kereta api, baru-baru ini.
Menurut wanita tersebut, dia bersyukur kerana berpeluang mendapatkan semula telefon pintarnya kerana pantas bertindak serta dibantu oleh pihak polis.
Mengimbas kembali insiden tersebut, wanita bernama Azura Yahya berkata, dia dan lima lagi ahli keluarganya bertolak dari Kluang, Johor ke Wakaf Bharu, Kelantan dengan menaiki kereta api pada 3 Julai lalu.
“Kami naik train pukul 10.30 malam dari Kluang. Kira-kira pukul 11.30 malam kami pun lelap sampailah pagi. Sekitar pukul 8 pagi, saya baru tersedar iPhone saya hilang.
“Mula-mula sekali suami cuba cari kot-kot terjatuh tapi tiada. Saya hanya berdoa dalam hati memohon Allah mempermudah urusan untuk mendapatkan balik iPhone tu.
“Saya cuba jejak melalui iPhone satu lagi dan dapat kesan last destination masa kereta api berhenti di Kuala Krai. Adik lelaki nasihatkan untuk buat report dulu.
“Saya dah nak pergi ambil iPhone tu dekat Kuala Krai tapi batalkan niat setelah pencuri tu try cas iPhone saya. Terus saya dapat detect ia berada di kawasan Tumpat, iaitu 24 kilometer lebih kurang dari Kota Bharu,” cerita wanita berusia 37 tahun ini.
Azura menggunakan aplikasi Find iPhone untuk menjejaki telefon pintarnya.
Menurut Azura, sebaik tiba di destinasi, dia segera membuat laporan polis dan kemudian dinasihatkan untuk meminta bantuan daripada anggota di balai polis yang berdekatan dengan lokasi keberadaan telefon pintarnya.
“Saya tak buang masa terus pergi Balai Polis Tumpat minta bantuan anggota polis escort saya ke lokasi untuk keselamatan.
“Anggota polis yang pergi bertanya ketika tiba di rumah orang itu, saya hanya memerhati sahaja. Yang ambil iPhone saya tu masuk rumah dan kemudian tak keluar pun.
Housing iPhone saya dah tak ada, siap dibersihkan pula. Kalau lambat saja terus sayonara rasanya.
“Orang yang dalam rumah itu yang bagi iPhone saya kepada polis. Dia kata iPhone saya dalam toilet padahal saya tak pergi toilet langsung dalam kereta api.
“Housing iPhone saya dah tak ada, siap dibersihkan pula. Kalau lambat saja terus sayonara rasanya,” ujarnya yang menetap di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Insiden tersebut sedikit sebanyak membuatkan Azura serik dan mengajarnya untuk lebih berhati-hati selepas ini.
Tambahnya, video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok adalah sekadar perkongsian pengalaman dan panduan sekiranya melibatkan kes kehilangan telefon pintar.
Telefon iPhone 7 Plus yang dipulangkan semula kepada Azura.
“Jangan panik, cuba contact sesiapa yang tahu pasal iPhone. Dalam masa sama, berserah pada Allah. Apa-apa pun jangan buat tindakan sendiri.
“Buat laporan polis dulu untuk keselamatan diri. Lepas itu minta bantuan pihak berkuasa. Kita ada undang-undang,” akhirnya.
Sehingga kini video yang dimuat naik oleh Azura di aplikasi TikTok meraih sehingga melebihi 950,000 jumlah tontonan.
kredit: mstar
Kredit -
Post a Comment