Syamsul Yusof Hanya Mampu ‘Zip’ Mulut Bila Di Tanya Siapa Ira Kazar. Ini Pula Reaksi ‘Deep’ Ira Kazar

Syamsul Yusof Hanya Mampu ‘Zip’ Mulut Bila Di Tanya Siapa Ira Kazar. Ini Pula Reaksi ‘Deep’ Ira Kazar

PETALING JAYA – “Tak tahulah. Ira Kazar, satu Malaysia dah kenal.”

Syamsul Yusof Hanya Mampu ‘Zip’ Mulut Bila Di Tanya Siapa Ira Kazar. Ini Pula Reaksi ‘Deep’ Ira Kazar



Demikian jawapan balas sutradara Syamsul Yusof selepas memberikan isyarat ’zip’ mulut kepada pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dalam sebuah program bual bicara, Hard To Heart yang tular sejak semalam.

ARTIKEL MENARIK:Ira Kazar akhirnya masuk pembelaan, ini tindakan mahkamah buat Puteri Sarah mula lega


Aznil, 60, bertanyakan soalan berbunyi: “Siapa Ira Kazar tu? Pak Nik tak kenal, siapa dia dan kenapa nama dia disebut.”

Melanjutkan bicara, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof berkata: “Entahlah Pak Nil, saya pun tak tahu. Saya pun, yelah benda yang disebut itu sebab isteri saya keluarkan kenyataan.”

PROGRAM Hard To Heart kendalian Aznil Nawawi dan Syamsul sebagai artis jemputan yang tular dalam media sosial.

Dalam temu bual terbabit, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak kisah diajukan soalan berkenaan siapa wanita terbabit terhadap dirinya.

“Tidak mengapa, saya di sini dan macam mana saya dalam rancangan ini, begitu juga saya di luar. Sebab itu saya berani datang.

“Ada benda yang kita sedia kongsikan dan ada benda yang kita tak sanggup kongsikan. Tiada cinta baharu, tiada cerita ‘sembilu’ dekat sini,” ujarnya.

Terus diajukan soalan siapa atau posisi wanita itu terhadap dirinya oleh pengacara perpengalaman itu, Syamsul bagaimanapun selepas itu, bertindak hanya bertindak mengunci mulut dan tidak berkata apa-apa.

Syamsul, 38, turut menjelaskan hubungannya dengan bapa, Datuk Yusof Haslam berada dalam keadaan baik, namun tidak menafikan kadangkala ada pasang surutnya.


Loading...


“Hubungan saya dengan ayah agak tegang. Dengan saya, ayah agak keras sedikit sebab saya anak pertama.

“Tegang di sini bermaksud terutama apabila melibatkan kerja. Dia pun pengarah dan penerbit. Visi kami berbeza.

“Tapi, saya sayang ayah saya walau apapun. Jumpa memang jumpa tapi begitulah. Saya dengan ayah saya lebih kepada ‘work’. Tapi, pada masa sama, saya mengaku ada buat silap dan saya nak perbetulkan masalah ini.

Ditanya apa silap dirinya, Syamsul menjawab: “Ada lah silap saya dalam hubungan. Saya sebagai seorang manusia. Saya tak nak sakiti isteri saya, saya tak nak.”

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Khamis lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira, wanita yang disebut-sebut sebagai individu perosak keharmonian rumah tangganya sejak empat tahun lalu.

Sehingga kini, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah masih belum berkesudahan, mereka juga tidak tinggal sebumbung.

Kenyit mata tanda apa tu Ira Kazar

Melalui satu video yang tular, Ira Kazar di lihat hanya mengeyitkan mata sambil minum air

Tidak pasti apa maksud isyarat tersebut, tapi nampaknya selepas Puteri Sarah mengemukakan s4man, isu antara kedua-dua pihak di lihat menjadi makin pan4s

KOSMO! ONLINE


Kredit -Trending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post