KETIKA umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan sebuah video memperlihatkan seorang pelawak wanita menghina Islam ketika melakukan persembahan stand up comedy dipercayai di sebuah cafe di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Menerusi video yang tular berkenaan, wanita itu pada awalnya tampil di pentas lengkap berbaju kurung dan memakai tudung sebelum melepaskan hijab dan pakaiannya sehingga mendedahkan auratnya di hadapan penonton.
ARTIKEL MENARIK:“Pegang Mat, syaitan tu!” – Rakaman Ustaz Kazim Diherdik Seorang Wanita Ketika Buat Live Di Masjid.
Sebelum melakukan tindakan biadab itu, wanita berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu turut memberitahu kepada penonton dia berketurunan Melayu, beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.
Tiada perasaan malu… Pelawak ini dengan selamba membuka tudung dan pakaiannya di atas pentas.
Video itu dipercayai turut dimuat naik sendiri oleh wanita itu menerusi akaun TikTok miliknya, @mie_8099.
Namun carian dibuat mStar terhadap akaun itu tidak berjaya dipercayai sudah dilupuskan.
Penularan video itu bukan sahaja mendapat perhatian warganet malah penggiat seni tempatan yang menyifatkan perbuatan wanita itu sebagai biadab.
Pelawak Shahrol Shiro menerusi Instagram miliknya berkata, wanita berkenaan jelas menghina agama Islam dan perbuatan itu sudah melampaui batas.
Maznah menyifatkan tindakan wanita itu sebagai melampau.
“Nak buat komedi pun ada garisan batasnya. Lepasi garisan tersebut adalah mengina dan kamu telah menghina dengan menggunakan content agama Islam. Ini betul-betul sudah melampau,” tulisnya.
Shahrol turut menggesa, siasatan dilakukan terhadap penganjur iaitu Crack House Comedy Club dan wanita tersebut selain tindakan tegas harus dilakukan.
Sementara itu, pelakon dan aktivis, Maznah Zolkifli turut mempertikaikan tindakan wanita itu dan tidak akan membenarkannya memalukan nama Islam.
Malah Maznah turut mempertikaikan kewajaran kenyataan kononnya sudah menghafal 15 juzuk al-Quran tetapi sikapnya tidak mencerminkan perkara itu.
“Saya tidak akan membenarkan wanita ini memalukan Islam, sekurang-kurangnya bukan dalam pengetahuan saya.
“Setakat cakap hafal 15 juzuk tapi tak boleh membacanya secara terbuka, membohong namanya. Sudah tiada cara lain ke nak jatuhkan maruah kau sendiri?” katanya.
Maznah juga turut meluahkan rasa kesal apabila komen yang ditinggalkan telah dipadam selain tidak dapat membalas komen pengikutnya di laman sosial.
Kata Maznah, perkara itu berlaku mungkin disebabkan terdapat individu yang melaporkan Instagramnya dan akaunnya telah diperhatikan.
“Nampak tak? Apabila kita berani kerana benar, apa saya komen kena removed. Saya tak boleh balas semua komen daripada anda.
“Tidak mengapa, jika inilah penangan daripada dakwah dan jihad kecil saya kerana Allah, saya akan lalui dengan tabah dan tenang,” katanya.
Maznah turut berharap kerajaan mengambil tindakan keras kepada sesiapa yang membenarkan atau menghina cara kehidupan dan agama Islam di Malaysia.
Firdaus Wong kata ‘dia hina diri sendiri’
MEMPERSENDA agama merupakan satu perbuatan berdosa besar.
Menerusi satu hantaran di Facebook, tular rakaman menunjukkan seorang wanita berpakaian sopan berbaju kurung dan bertudung yang dikecam kerana dikatakan menghina imej Islam.
Kejadian didakwa berlaku di sebuah kelab komedi di ibu kota yang mana wanita ini sedang membuat satu persembahan komedi.
Posting asal berikutan kejadian menjadi tular.
Selepas memperkenalkan diri sebagai seorang penganut agama Islam dan telah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk, dia kemudiannya secara spontan membuka bajunya sehingga separuh b0gel di hadapan penonton.
“Hello dan Assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Am*r* binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar, Perak.
“I am Malay dan Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. But, one second,” katanya dalam video berdurasi 54 saat tersebut sebelum meletakkan semula pembesar suara lalu menanggalkan bajunya.
Seperti mana kapsyen video tersebut ditulis sebagai ‘acara menghina Islam’, perbuatan terkutuk wanita itu mendapat sorakan daripada penonton yang berada di situ,
Sementara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang turut berkongsi posting itu melalui tangkap layar Whatsapp di Facebook berkata, perbuatan wanita tersebut tidak menghina Islam sebaliknya telah menghina dirinya sendiri.
“Ada seorang sahabat telah menghantar satu klip 54 saat dengan kapsyen “acara menghina Islam” yang dikatakan berlaku di sebuah kelab komedi di TTDI.
“Wanita itu meletakkan mic dan mula menanggalkan tudung dan baju kurungnya sehingga penonton mula bersorak.
Posting asal penceramah bebas, Firdaus Wong.
“Secara jujur jika benar wanita itu adalah Melayu dan muslim serta telah menghafal 15 juzuk al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.
“Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai,” katanya.
Jelas Firdaus, jika benar seperti diperkatakan oleh wanita itu bahawa dia telah menghafal 15 juzuk kitab suci namun masih melakukan perbuatan sedemikian, dia menghina dirinya kerana Allah telah memuliakan orang yang menghafal al-Quran.
Tangkap layar wanita ini menanggalkan baju di khalayak.
Tambahnya, memahami dan mengamalkan al-Quran tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.
“Islam telah datang memuliakan kita. Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi,” ujarnya lagi.
Berikutan posting Firdaus di Facebook, wanita ini telah dikecam hebat oleh warga maya yang turut terkesan dengan perbuatan menghina agama.
Gadis itu terang terang merendahkan martabat ibu bapanya dan maruah diri sendiri depan seluruh rakyat Malaysia.
“Kasihan ibu bapa, adik beradik, datuk neneknya yang tidak berdosa di Kuala Kangsar. Pasti mereka malu teramat sangat.
Komen netizen berikutan kejadian.
“Ya. Dia yang memilih untuk dihina selepas ini atas perbuatan dan pilihan sendiri. She is degrading herself atas kehendak sendiri. Nauzubillah.
“Kasihan setelah dia berjaya menghafal separuh al-Quran, masih belum berjaya buat dia cintakan agamanya. Semoga kita-kita yang belum mampu menghafal sehebatnya tak terpedaya dengan kejahilan dunia,” ujar netizen berikutan video tersebut.
kredit: mstar
Kredit -
Post a Comment