“Itukan Gigi Susu..“ – Tular Video Bayi Dipakaikan ‘Braces’, Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi ‘Content’

“Itukan Gigi Susu..“ – Tular Video Bayi Dipakaikan ‘Braces’, Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi ‘Content’

Tular di media sosial semalam mengenai sebuah video yang memaparkan seorang bayi perempuan comel di TikTok.

“Itukan Gigi Susu..“ – Tular Video Bayi Dipakaikan ‘Braces’, Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi ‘Content’



Namun, bukan kecomelan bayi perempuan itu yang menjadi tumpuan netizen tetapi gigi kanak-kanak berkenaan telah dipasang pendakap gigi.

ARTIKEL MENARIK:Nasib kurang baik ‘driver’ tidur, Haqiem Stopa reda kena sama=4n… Dulu nak ambil lesen memandu duit tak cukup


Ia sekaligus mengundang pelbagai kritikan daripada netizen yang merasakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan bersikap tidak bertanggungjawab kerana memasang pendakap gigi pada si kecil itu memandangkan umur anak yang masih kecil.

Kata netizen, pemakaian pendakap gigi pada bayi boleh membahayakan proses pertumbuhan gigi berikutan struktur rahang dan gigi yang masih belum tumbuh secara sepenuhnya.



Loading...



TikTok

Sumber : TikTok  

Selain ibu bapa bayi berkenaan dikecam hebat, netizen turut meluahkan rasa simpati kepada si kecil itu yang terpaksa menanggung sakit akibat diperlakukan sedemikian rupa.

Ada juga yang berharap bahawa pendakap gigi berkenaan hanyalah ‘filter’ semata-mata dan bukannya ‘braces’ yang sebenar.

Difahamkan peristiwa berkenaan berlaku di negara jiran, Indonesia dan sehingga kini masih belum ada respon daripada ibu bapa kanak-kanak perempuan itu berhubung hantaran video tersebut di media sosial.


Kredit -beautifulnara



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post