Sebut saja nama Rita Rudaini, ramai mengetahui tentang pengorbanan pelakon itu sebagai ibu tunggal dalam menjaga dan mendidik dua anak lelakinya sejak sembilan tahun lalu.
Walaupun tanpa kehadiran suami sebagai ‘tulang belakang’, pelakon berusia 46 tahun itu mampu membuktikan bahawa dia juga berjaya membesarkan anak-anak dengan cemerlang.
ARTIKEL MENARIK:‘Kami Tidak Akan Teragak-Agak Untuk Mog0k Di Hadapan Kelab’ – Yusuf Azmi, Syamsul Yusof & Shahrol Shiro Hadir Buat Laporan Polis
Terbaru, Rita memuat naik satu hantaran berbentuk video di laman Instagram memaparkan foto dirinya bersama anak-anak dari kecil sehingga salah seorangnya menyambung persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai sudah tentu kapsyen ditulis dalam video tersebut mengenai ‘kegagalan’ dilalui dalam kehidupannya sebelum ini.
Menurut pelakon filem Rumah Madu Ku Berhantu itu, dia menyifatkan kegagalan menjadi seorang isteri masih boleh diterima berbanding kegag4lan seorang ibu dalam mendidik anak-anak.
“Biar gag4l menjadi seorang isteri. Yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu,” tulis Rita.
Namun begitu, dia mengehadkan ruangan komen dimana hanya individu ditetapkan sahaja dapat meninggalkan reaksi di posting berkenaan.
Untuk rekod, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar itu pernah berkahwin dengan pemain bola sepak profesional tanah air, Aidil Zafuan pada 25 Februari 2008 namun bercer4i lima tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Sumber: OMM
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment